Buka lagi google search maka terjumpa nama Restoran Golek Golek Suasana Kampung.Info mengatakan restoran ini tutup pada jam 12 malam.Menu masakan ialah masakan melayu ala kampung.
Restoran ini terletak di pinggiran lebuhraya MRR2 Gombak,Hati-hati apabila ke sini ok jika terlepas jalan anda terpaksa pusing jauh untuk berpatah balik.Kami telah terlepas jalan.Dah malam,papan tanda Restoran Golek Golek pula kurang jelas kerana ada pembangunan di jalan bawah.Jalan pula gelap menyukarkan lagi pandangan mata.Terpaksa pusing jauh untuk kembali.Restoran ini terletak di puncak bukit atas.
Dari belah kiri ini korang boleh naik ke atas |
Sampai di atas boleh cari parking sesuai.Restoren ini memang di kelilingi hutan.Betul-betul segar dan tenang untuk yang mahukan kedamaian jauh dari ibu kota.Restoren Golek-Golek ini adalah inspirasi daripada penulis novel tersohor saudara Ahadiat Akashah.Beliau juga tinggal berdekatan kawasan pinggiran Gombak ini.Sengaja memilih untuk tinggal di hutan supaya mendapat ilham menulis buku.Aku adalah salah satu peminat karya-karya Ahadiat Akashah.Memang di dalam novelnya ada menyebut tentang pengalamannya meneroka tanah hutan,terjumpa barang-barang antik di sekitar ladang getah dan sebagainya.
Disebabkan datang pada hari biasa maka meja makan tidaklah penuh.Kami memilih meja di tengah-tengah ruang berlampu.
Set menu : Ikan pari masak petai
: Gulai udang
: Jus tembikai & air kosong
: Tomyam campur (menu tambahan)
Harga : RM 105.
Ikan pari sambal petai ni memang padu.Aroma petai menusuk masuk ke dalam isi ikan.Pedas juga lidah aku rasa,mungkin bagi hantu pedas ianya terangkat.
Banyak jenis meja & pondok yang ada di sini.Belah pondok hujung yang agak private kami lihat ada sekumpulan pengunjung sedang meraikan parti harijadi.Pondok itu menghadap view bandar.Nampak kecil saja bandar dari atas.
Bagi aku,aku memang suka suasana restoran ini.Tenang,damai dan rilek.Tak sama seperti makan di kedai makan di KL yang memang terbukti bising dan hingar-bingar.Cuma di sini ada nyamuk kerana suasana open air tepi hutan.Ala rilek laa..bukan selalu pun nyamuk gigit kan? hihihihii
*Pic was taken by i-phone 5
Kesimpulannya Restoran Golek Golek Suasana Kampung ini amat sesuai untuk seisi keluarga/pasangan/kawan-kawan yang ingin membuat reunion..Ada juga di kalangan pelanggan yang datang membuat tempahan majlis harijadi dan majlis pertunangan.Sebelum datang sila booking dahulu ya.
Pintu masuk akan jumpa replika meriam |
Rumah Melaka yang menjadi tarikan |
Ehsan Google: keadaan restoran waktu petang |
Set menu : Ikan pari masak petai
: Gulai udang
: Jus tembikai & air kosong
: Tomyam campur (menu tambahan)
Harga : RM 105.
Meriah sungguh dihiasi cahaya lampu |
Romantik kan? |
Meja makan antik |
Ikan pari sambal petai ni memang padu.Aroma petai menusuk masuk ke dalam isi ikan.Pedas juga lidah aku rasa,mungkin bagi hantu pedas ianya terangkat.
Pari masak petai |
Boleh lepak tepi-tepi batu ni untuk bercerita dengan kawan lama ke kan?memang private |
Banyak jenis meja & pondok yang ada di sini.Belah pondok hujung yang agak private kami lihat ada sekumpulan pengunjung sedang meraikan parti harijadi.Pondok itu menghadap view bandar.Nampak kecil saja bandar dari atas.
Kawasan taman buaian,boleh berbuai sambil menikmati angin malam |
Bagi aku,aku memang suka suasana restoran ini.Tenang,damai dan rilek.Tak sama seperti makan di kedai makan di KL yang memang terbukti bising dan hingar-bingar.Cuma di sini ada nyamuk kerana suasana open air tepi hutan.Ala rilek laa..bukan selalu pun nyamuk gigit kan? hihihihii
Replika meriam tua |
*Pic was taken by i-phone 5
Kesimpulannya Restoran Golek Golek Suasana Kampung ini amat sesuai untuk seisi keluarga/pasangan/kawan-kawan yang ingin membuat reunion..Ada juga di kalangan pelanggan yang datang membuat tempahan majlis harijadi dan majlis pertunangan.Sebelum datang sila booking dahulu ya.
***********************************************************************************
27/12/2021
Selepas 3 tahun kami kembali lagi makan di Restoren Golek-Golek.Malam itu hujan renyai-renyai.Suasana masih sejuk disimbah renjisan hujan petang tadi.Kami telefon buat tempahan meja terlebih dahulu cuma menu makanan belum ada.Dalam pukul 8.30pm kami bertolak dari rumah dan sampai di sini sekitar jam 9.10pm.
Suasana hingar-bingar dengan bunyi pemuzik busking di pintu masuk.Kalau aku ni jenis suka suasana tenang tanpa bunyi bising.Kalau boleh hanya mahukan bunyi suasana unggas hutan sahaja baru rasa aman damai.Rasanya dahulu tiada pemuzik menyanyi di sini.
Meja makan di bawah kebanyakan sudah penuh dengan pelanggan.Ada 2-3 meja besar yang kosong dan ditanda "reserved".Kami diminta naik ke Rumah Melaka.Di dalam sana ada bilik meja makan yang agak luas boleh muat 8 orang dewasa.Disebabkan rasa terkurung dan lemas melihat dinding kayu bercat hitam itu maka minta tukar meja di bawah jika ada kekosongan tempat.
Membelek senarai menu.Ada menu 1 set & ala carte (goreng-goreng).Nampaknya buku menu semakin tebal berbanding 4 tahun lalu.Banyak masakan terbaru.Makan asing-asing rugi,baik ambil menu 1 set siap dengan air 1 jag.Lauk pauk juga pelbagai jenis.
Sementara menunggu tempahan makanan siap kita santai-santai sambil bergambar dulu ~~
Suasana meja makan di bawah agak meriah dengan pelanggan.Meja sedikit basah sedikit akibat hujan tadi.Lampu neon kelihatan kuning terang menyimbahkan cahaya.Harapan kami ada pelanggan selesai makan dan kami dapat meja.
buaian besi bawah bangsal |
Deretan tempayan lama dengan bekas lilin di atas
Mengantuk sudah tunggu menu belum sampai.Sementara itu order satay dahulu sebagai pembuka selera.10 cucuk (daging dan ayam) RM 13.Kuah kacangnya memang sedap macam masakan kuah kacang kelantan cukup lemak manis masin.
Dapat meja di bawah rumah melaka.Ada 4 buah meja makan di sini.
Air buah tembikai yang sampai dahulu.Dalam jag penuh dengan ais dah lah baru lepas hujan.Kalau ada minuman panas baik pesan teh o panas ke.Gelasnya berbau agak hanyir mungkin tidak dicuci dengan bersih di birai gelas.Aku ke sinki bawa kesemua gelas dan cuci semula dengan sabun tangan yang ada di situ.Sinki juga hmm agak berlumut mungkin lama tidak dibersihkan.Gosok-gosok pakai pencuci cif tentu berkilat dan harum.
9.56pm barulah makanan sampai.Ramai orang malam ni hari ahad.
RM 140
Pari sambal petai-
Daging salai masak lemak cili api-
Ayam buttermilk-
Sotong sambal kari-
Terung sambal-
Telur dadar-
Sayur baby kailan masak belacan-
Sambal udang-
*Ikan pari sambal petai /ikan siakap ialah menu wajib di restoren Golek-Golek
Kami beri 8/10 bintang.Daging salai masak lemak memang sedap cukup rasa.Pari sambal petai juga terbaik cuma ahh tak tahan pedas.Sotong tu chef lupa letak garam.Telur dadar pula terlalu berminyak.Bila dah sibuk di dapur pasti ada sedikit masalah teknikal gitu..tak apalah...
Habis makan kita pusing-pusing sambil bergambar kenangan guna kamera night mood.Eh lawa pula lighting di sini kan... bunyi unggas malam di sekitar rumput.Pokok pisang juga banyak ditanam di sini.Sebelah lampu sana ada 2 buah lagi pondok berbatu bata oren.Ada satu kumpulan sedang menyambut hari lahir kerana nampak ada belon biru.
Waktu menginjak hampir jam 11pm.Meja-meja makan mulai kosong.Ambil peluang bergambar di tangga keramat rumah melaka.Tangga pun sudah lusuh tidak dicat baru.Berapa lamakah usia rumah melaka ini agaknya...
Rumah di bawah ini juga restoren.Mungkin bilik berhawa dingin untuk makan tengahari
RESTORAN GOLEK-GOLEK SUASANA KAMPUNG.
Alamat: Lot 2074, Lingkaran Tengah 2, KM10, Gombak , 68100 Selangor
No. Tel: 017-407 0007
Waktu operasi: 12 pm - 12 am
Landmark: Seberang jalan Restoran Sukhumvit, perlu u-turn di susur keluar Greenwood, Gombak.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.