Thursday, 15 January 2026

Allah Hu

 Hari ini masuk 15 Januari 2026.Sekejap sahaja sudah 15 hari berlalu.

Apa khabar diriku?Hmm..aku mula berubah sedikit iaitu paksa diri untuk berzikir.Aku mula dengar zikir tarekat.Zikir biasa yang berirama pilu tu kadang buat aku mengantuk.Zikir tarekat beramai-ramai ni nada suara mereka lebih bersemangat di pendengaranku.


*Ini logo Tarekat Naqsyabandiah .Cara kumpulan mereka berzikir serasi denganku.Boleh dikatakan perlahan-lahan berbekas dalam hati.Aku dah berapa kali ikuti dari video 45minit.

Aku mula banyakkan dengar kuliah tasawuf bab hati.Aku suka dengar ceramah sempoi Tuan Guru Abdul Rahman bin Jaafar.Aku faham bahasa yang dia sampaikan sebab sebelum ini aku pernah berada di line tauhid.

Ada 1 kata-kata Tuan Guru ini;

Hati yang di ikat dengan makhluk akan dibalakan dengan rasa takut ini takut itu.

Lagi satu kita kena mohon agar Allah tarik qalbi(hati) kita kepada Allah.Berdoa sungguh2 di tengah malam agar Allah beri jazbah kepada diri kita yang daif dan hina ini.


Friday, 2 January 2026

 Kesunyian dan kesepian ini bukanlah sati kesalahan tapi dari situ kita belajar merenung diri.Satu masa nanti kita juga akan ditinggalkan bersendirian dalam kubur apabila jasad terpisah dari roh.Belajarlah selalu bersendirian atas muka bumi ini agar kurang sakit apabila ditinggalkan dan bersedialah menuju alam barzah.Alam barzah itu kata tuan guru ku lebih membahagiakan berbanding dunia yang memenatkan.

Dikelilingi manusia membuatku rasa bingit.Bingit.Aku ulang lagi sekali,bingit!

Aku bencikan situasi bingit itu.Penat.Kalau nak hurai penat jenis apa pasti panjang lebar tak habis karang.

Penat berada di kalangan manusia kehaiwanan dan kesyaitanan.Menambah dosa dan seksa.

Hidup aku dah berubah 360 darjah sejak kehadiran itu dan ini.Kalau boleh aku ulang waktu aku mahukan kembali zaman ketika remaja dulu.Tak fikir masa depan yang membimbangkan.Hanya tahu ke sekolah menimba ilmu walaupun bukanlah seronok mana pun.

Sebab tu aku kata masuk ke alam barzah itu seronok jika amal kita cukup dan lulus di sisi Allah.Kita tidak lagi sakit seperti di dunia.Segala derita tamat.

Sesiapa pun takut kematian.Berdoalah mati husnul khotimah.


Wednesday, 31 December 2025

Selamat tahun baru

 


Selamat tinggal tahun 2025 yang penuh air mata,sesak dada,seksa jiwa raga & segala kesakitan tubuh serta hati,fikiran.Berat ujian hidup yang aku jalani.

Aku sambut awal tahun kalender masihi ini dengan lafaz bismillahirrahim,semoga Allah ampunkan segala kesilapan dan dosa-dosa hitam pekat dari rohani & jasmaniku dengan harapan aku kembali kepada fitrah asal manusia yang suci bersih.

Sesungguhnya syaitan itu tidak akan putus asa menjerumuskan cucu cicit Nabi Adam ke jurang neraka kelak.

Ya Allah...aku berdoa dengan hati tulus agar tahun 2026 ini;

🤲Bertambah IMAN & TAKWA kepadaMU

🤲Bertambah amal ibadah & berjuang melawan kejahatan dalam diri nafsu malas nafsu dunia

🤲Redha atas ketentuan Allah agar Allah redha atas kita

🤲Dijauhkan dari kelalaian yang membinasakan

🤲Berhenti scroll media sosial yang banyak syaitan iblis bertenggek di dalamnya mencuri masa & merosak hati.

🤲Segera mengganti segala solat & puasa yang ditinggal dengan sengaja kerana ikut hawa nafsu bisikan syaitan.



Penghujung 2025

 Hari ini bertarikh 31 December 2025.

Ketika ini aku sedang menikmati dan menghayati makna SUNYI ITU MENENANGKAN JIWA.Aku akui rasa bahagia itu sampai ke jiwa.

Aku ingin khabarkan juga bahawa sepanjang tahun 2025 dahulu banyak peristiwa memenatkan dan menyesakkan dada berlaku.Banyak air mata sedih.Tiap masa aku berperang dengan perasaan dan fikiran hingga aku penat sangat.

Sesungguhnya tidak tenang itu adalah hukuman dari Allah.Dosa menimbun hingga berat kepala & bahu.Oleh kerana dosa menimbun bagaikan bangkai juga menghalang manusia untuk ibadah.Ibadah terasa berat,penuh terpaksa,tiada kemanisan dan ketenangan.Dosa itu adalah bala musibah yang berat kepada jiwa orang islam.

Seingat aku boleh dikira dengan jari berapa kali saja aku tenang & bahagia dalam tahun 2025. 

Diuji dengan masalah sakit pula (tak perlu nyatakan).Bagai jatuh ditimpa tangga.Aku diasak kiri kanan depan belakang.Berat ujian hidupku.Mujur aku masih bertahan.

Aku sangka orang-orang yang aku temui boleh beri sinar dalam hidup tetapi beri keserabutan dan kegelapan pula.Aku sendiri tersesat di lorong sepi tanpa cahaya.Terpijak pula duri tajam berbisa.

Pelbagai rasa negatif dan tidak gembira menyucuk urat jantungku hingga aku jangkakan aku akan mati dengan sindrom broken heart.Sedih kan hidup aku?Kau apa tau sebab bukan di tempat aku ~~

Puncanya orang keliling yang melemaskan nafas aku,meruntuhkan semangat aku,menggelapkan hari-hariku yang sepatutnya bahagia.Trauma aku sangat dalam.Setiap hari bergelut dengan 1 rasa yang amat-amat tidak menyenangkan.Kekotoran yang ada pada jiwa-jiwa manusia lain turut mencemarkan rohani aku.

Aku cuba cari kebahagiaan di luar tapi hanya bersifat sementara.Bila kembali,akan sengsara lagi jiwa ragaku.Doa-doa yang aku panjatkan kepada Ilahi masih belum termakbul entah apa rancanganNya.

Hati akan bahagia jika tenang.Hati jadi gelisah bila kusut.Orang yang paling bahagia adalah memiliki hati tenang.Itu saja.Bukan pasal duit ada ke tidak itu nombor dua.

Aku bahagia bila berpeluang untuk bersendirian sebab aku lebih tenang tanpa manusia yang serabutkan kepala.Aku nikmati saat bersendirian tanpa sunyi malah aku bersyukur dapat rasa apa itu bahagia.

Dapat pula menaip blog ini di bilik sambil hirup teh panas dalam cuaca sejuk hujan begini..fuh....

Hujung tahun 2025 ini aku nikmati saat tenang dan damai tanpa kehadiran sesiapa.

Apa harapan aku pada tahun 2026?Aku masih berharap sinar bahagia.Pada aku hidup aku akan sama saja selagi aku dikelilingi PARASIT. Keadaan payah berubah jadi bahagia.Aku mohon Allah jarakkan aku dari parasit cukup.Sekian lama dah ku telan derita.

Allah itu tidak zalim terhadap hambaNya.Kita saja yang selalu bodoh pilih buat dosa.

Monday, 29 December 2025

Pusing naik ktm

 Aku jalan-jalan naik keretapi KTM dari KL ke stesen Labu Negeri Sembilan.Hujan turun dari Kajang lagi.Seronok ke berada dalam ktm lama-lama?Aku cuma nak layan kepala otak weng hari ni.Tak tentu arah rasa hidup.

Sebab hujan maka tak dapat tengok pemandangan hijau tumbuhan dari cermin tingkap ktm.Tak ada rezeki hari ini.

Aku penat pening kusut macam hilang arah.Aku marah maki hamun bekas kekasih aku.Ayat-ayat aku memang bagai panah beracun.Terlontar habis segala yang dipendam berapa tahun lalu.Ex aku tu tiap tahun muncul dalam mesej tapi kali ni aku tak simpan dah.Puas hati dapat maki.Jangan tiru perangai aku.Aku ni dah habis sabar sebab kisah aku penuh dengan air mata.


Stesen KTM Labu.Aku tengok jam 4.18 petang dan tanya staf di situ pukul berapa pula ktm ke KL sampai.Katanya 7.30 malam.Aku sampai ke sini niat nak meronda dengan ktm sahaja.Nak ke Seremban dah lewat petang.

Nak solat Asar tapi surau di belakang tu ada selipar lelaki.Kongsi surau lelaki perempuan agaknya.Hati aku tak tenang,resah memanjang entah apa aku fikirkan.Hujan turun renyai-renyai.Udara rasa segar dan bau hujan amat menyeronokkan.Lain sekali bila hujan di KL.Bau hanyir meloyakan.

Aku tengok ada sekumpulan lembu mencari makan di pinggir ladang kelapa sawit.Entah lembu siapa dibiarkan berkeliaran.

Belah sini pula ada sekawan kambing berlari-lari anak meragut rumput.Aku perhatikan kawasan lot perumahan di belakang.Dalam hati aku kata alangkah damainya tinggal di sini.Jauh dari kesibukan bandar.Ada kehijauan pokok sekeliling rumah.Sejuk dan redup.
Seronoknya kalau dapat tinggal di sini negeri sembilan.



Aku suka negeri sembilan.Bagi aku negeri ini kaya dengan hutan semulajadi walaupun ada setengah sudah ditarah.Bagi aku negeri 9 negeri berdaulat.

Aku suka ke Port Dickson,aku juga suka suasana Bukit Putus (lihat you tube).Aku suka Kuala Pilah dan lain-lain.

Pukul 5.30pm ktm ke Kajang datang.Aku naik aje takkan nak tunggu trip 7.30pm.

Sejuk cuaca hari ini.Otak masih blur....

Adakah aku dapat ketenangan hari ini pusing naik ktm? Sikit sajalah...selebihnya aku keliru kenapa aku ke Labu ha ha.

Inilah penutup tahun 2025 aku naik ktm pusing-pusing.



Wednesday, 1 October 2025

Manisnya taat pahitnya dosa

 Dalam hidup ini kita sebagai orang Islam dan percaya Allah itu Satu,Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Bercakap melalui pengalaman hidup bergelar orang Islam.Aku dah melalui rasa manisnya TAAT pada ajaran agama dan pahitnya rasa bila berbuat DOSA.Akan ada satu perasaan bahagia & tenang sekali bila beramal ibadat dengan ikhlas dan mengingati Allah.

Juga akan ada perasaan bersalah & berdosa sekali bila melakukan maksiat kepada Allah.Contohnya baru join perbualan mengumpat orang (dengar sahaja bukan ikut menyampuk).Apatah lagi melakukan dosa besar meninggalkan solat,derhaka kepada orang tua dan lain-lain.

Aku dah merasa kedua-duanya sekali.Ada masa berazam untuk taat dan istikomah.Ada masa aku terleka lalu terlalai hanyut melakukan dosa.Dosa besar.Nauzubillah.Tidak kita minta tapi hawa nafsu dan bisikan syaitan selalu mengajak kita manusia kepada kejahatan.

Dosa itu memang benar memberi kesan dan bekas kepada hati.Ia akan menganggu ibadat kita,khusyuk kita kepada Allah.Diri akan merasa alangkah hina kotornya diri.

Orang yang sudah merasa manisnya taat akan merasa sangat pahit apabila melakukan dosa meskipun dosa kecil.Ini kerana bukan masalah besar atau kecil tetapi dengan siapa kau berbuat dosa itu?Kepada Allah kan?

Astagfirullah hal azim......maafkan kami ya Allah....


Wednesday, 24 September 2025

 Benda paling seronok bagiku adalah ketika bersendirian seorang di rumah tanpa kehadiran keluarga.

Masa itulah aku boleh bermesra dan beramah dengan diri sendiri.Aku ada me time yang berkualiti.

Ada manusia ini sungguh meletihkan dan seksa mental fizikal.Jangan tanya kenapa.

Manusia banyak menyusahkan aku.

Lebih lagi yang berhati iblis.


Allah Hu

 Hari ini masuk 15 Januari 2026.Sekejap sahaja sudah 15 hari berlalu. Apa khabar diriku?Hmm..aku mula berubah sedikit iaitu paksa diri untuk...