Aku masih ingat waktu hatiku teringin cari kegembiraan dengan niat nak ke konsert artis luar negara tiba-tiba seperti dihalang agar jangan pergi.
Awal tahun 2025 dulu lepas dapat info kumpulan My Chemical Romance @ Mcr nak kembali jelajah konsert di negara-negara asia semula aku rasa teringin sangat nak beli tiket. Dapat tahu pun dari tik tiok tentang konsert Mcr ini. Cek tiket sepantas kilat dah habis terjual (sold out). Harga tiket hampir harga 1000 dan ke atas. Telan air liur. Pandai pihak pengurusan bikin duit.
Aku rasa kecewa tak dapat beli tiket sebab aku minat sangat Mcr. Kenapa secepat itu tiket habis dan aku rasa murung sampai malam.Ya sebab sekarang zaman media sosial dan orang cepat dapat info lalu grab ticket. Kalau dulu zaman datang jalan ke kedai beli secara manual.Mcr adalah kenangan aku zaman remaja. Banyak memori dengan lagu-lagu mereka. Aku juga pernah pergi konsert Mcr di Malaysia pada tahun 2007 dengan harga tiket 380. Masa tu rasa sangat mahal 380 tapi sebab nak duduk berdekatan dengan pentas.
Aku rasa seronok sangat mengimbas kenangan konsert Mcr 2007 dulu. Aku dulu agak nakal tak cakap pun pergi konsert cakap ada program universiti. Sekali bapak dan mak aku hantar naik kereta ke Stadium merdeka nampak perkarangan konsert buat event. Adui..sebab aku takut dia orang marah kalau cakap hal sebenar. Sampai sana penuh dengan budak emo gothic pakai baju seluar hitam. Keh keh...
Sampai sana jumpa kawan aku Fiq. Aku kenal Fiq ni dalam My space dia pun minat Mcr.
Weh mana dia sekarang agaknya? Sebab dah putus hubungan.
Akhirnya di tahun 2026 bulan November berlangsung juga konsert Mcr. Sepatutnya bulan April lepas tapi ditunda atas sebab tak pasti. Biasalah hujung tahun banyak konsert berlangsung dekat - dekat.
Generasi Y macam aku ni ramai yang berkongsi cerita ke konsert Mcr di media sosial. Gen Z juga tidak ketinggalan ikut trend. Entah di mana mereka kenal band Mcr hahaha..Mereka turut layan ke konsert. Pakaian para peminat yang ke konsert Mcr ni semuanya bawa watak gelap mengikut lagu Mcr. Ada pakai gaun hitam dengan mekap pucat. Ada pakai baju seragam Black Parade, baju jururawat berdarah dan pelbagai lagi gaya. Muka mekap macam hantu pun ramai. Kalau yang Melayu islam rata-rata bertudung pergi ke konsert dengan fesyen muslimah.
Entah kenapa bila tenung lama-lama gambar dan video mereka berarak masuk ke tempat konsert dengan fesyen hitam itu...rasa satu aura hitam. Kena pula dengan lagu Welcome to black parade itu mengisahkan tentang sambut kedatangan Dajj@l terus meremang bulu kuduk. Agaknya nanti Dajj@l datang maka beginilah sambutan manusia terhadapnya. Weh apa yang aku overthinking ni 👀🤧😑..tak..aku rasa takut sebenarnya tengok pakaian mereka macam nak pergi memuja.
Ishhh..20 tahun lepas tak ada pun begini..cuma berpakaian hitam dengan tali pinggang besi berduri saja. Paling extreme pun mekap mata ala emo dengan rambut spike pacak.
Sebenarnya aku baru dapat tahu satu info pada pertengahan bulan Oktober lalu. Bahawasanya konsert-konsert ini semua adalah tempat pemujaan kepada 👿. Artis adalah agen 👿 untuk menyerap energy para penonton di situ. Harvest energy. Maka kuasa hitam itu akan jadi bertambah kuat setelah semangat kita disedut. Konsert ini juga adalah satu bentuk persembahan kepada 👿 kerana 👿 sangat sukakan hubungan nyanyian muzik lagu. Seram pula aku dengar.
Bab harvest energy ini ada dalam satu movie Korea. Mereka tunjukkan bagaimana semangat manusia disedut melalui program konsert.
Sekarang baru aku tersedar...ada hikmahnya aku tak diizinkan untuk ke konsert. Lagipun bingit telinga dengan muzik kuat dan bersesak-sesak dengan orang ramai. Beratur berjam-jam lamanya dengan berdiri lagi. Tenaga aku dah tak sekuat dulu. Sekarang cepat pening dan tak stabil sejak vaksin. Ramai yang rasa tak sihat selepas di vaksin covid. Tubuh cepat letih.
Kalau jadilah ke konsert apa nak buat kalau aku rasa nak pitam? Sudahlah seorang tak ada kawan bersama. Siapa je sanggup nak join konsert yang tiket harga hampir 1000? Gila ke apa?? Yang fanatik bolehlah beli.
Tak apalah tengok konsert dalam telefon sudah cukup. Lagi rilek.
Sebenarnya aku rasa seram tengok persembahan konsert melibatkan ritual pemujaan ini. Walaupun hanya tengok melalui telefon ia boleh sedut energy kita.Ya sebab skrin telefon kita juga ada fungsi black mirror dan ada jalan ke dimensi lain. Black mirror ini digunakan oleh ahli sihir untuk sedut energy orang. Ishh takut la nak cerita.
Lepas tengok konsert walaupun hanya melalui telefon tiba-tiba rasa kusut serabut. Jujur cakap konsert Mcr tu ada dark vibes juga. Ada robot mata besar atas pentas berkelip-kelip menghadap penonton puluhan ribu orang. Bukan takutkan robot tersebut tapi kena faham itu simbolik kepada apa persembahan itu.
Cuma bercakap hal yang aku tahu. Kalau rasa merepek tak apa. Haha tak paksa pun ambik serius sangat. Aku juga peminat band Mcr suatu ketika dahulu. Banyak simpan gambar poster mereka. Suka baju hitam mekap celak mata hitam. Haha...
Welcome to black parade!


Comments
Post a Comment