Jika orang yang kamu berbuat zalim dan kejahatan itu berdoa dalam sujud kepada Allah maka kamu berada dalam masalah besar.
Berjaga-jagalah kalian. Ada orang dia tidak terus balas kerana dia tidak mampu untuk membalas. Sekali dia solat dan sujud dengan penuh tawakal kepada Allah tambah pula mengadu hatinya sakit. Habislah kau.
Bila hati sakit tentunya berdoa dengan tangisan. Jaga-jaga.....
Doa mereka tiada penghalang atau hijab. Masa itu juga kau akan terkena tulahnya jika malaikat aminkan doa beserta Allah izinkan untuk membalas.
Dia tidak sebut secara terperinci apa dia mahukan. Cukup saja dia sebut " Ya Allah aku serahkan sajalah si fulan ini kepada kekuasaan Mu".
Bermakna dia sudah pasrah. Maka tunggulah apa akan jadi kepada si fulan.
Aku pernah sakit hati sangat dengan seseorang hingga aku berdoa dengan penuh harapan. Aku doa dengan terperinci apa aku mahu. Masalahnya aku minta benda buruk jadi kepada orang tersebut.
Tak lama kemudian menjadi. Haru-biru hidup orang itu. Tak tahulah kebetulan atau memang Tuhan makbulkan doa aku.
Bila doa benda baik lambat dan tak mustajab pula. Hairanlah.
Rasa bersalah pula doa benda tak baik. Aku doa minta tarik balik benda tu. Masalahnya dah terjadi dan sedang berlangsung kepada orang terbabit.
Aku baru teringat satu kisah. Dulu waktu covid 2021 aku difitnah seorang hamba Allah. Aku sangat sakit hati hingga kata kepada kawan lagi seorang;
"Mulut jahat betul tak ingat ke dia sedang mengandung anak..nanti Tuhan tunjukkan balasan kat anak dia jadi tak sihat ke apa".
Masa aku lafaz ayat ini aku lebih kepada berserah kepada Allah. Tapi aku mengharapkan Allah tunjukkan.
Sudah 5 tahun berlalu aku dapat tahu anak orang ini macam ada masalah pertuturan dan perkembangan otak.
Aku telan air liur. Lagipun masa dia mengandung mulutnya banyak fitnah orang lain juga. Ada beberapa orang yang sakit hati. Kifarah la kot. Tak jaga mulut anak kena tulah. Sekarang anak jadi mangsa akibat dosa si ibu. Beringatlah kawan...Allah itu wujud dan Maha Memerhati. Jangan melampaui batas sampai fitnah orang hingga bergaduh orang lain sesama mereka.
Aku ini cepat emosi dan sensitif sebab itu doa aku penuh dengan perasaan sampai menangis terketar-ketar. Memang aku rasa teraniaya pun.Mungkin itu makbul. Wallahualam.
Sekarang aku dah takut nak doa bukan-bukan. Aku gantikan doa aku dengan 1 ayat " Ya Allah cabut buanglah perasaan marah,dendam, benci sakit hati ini dengan rasa kasih sayang dan kasihan kepada orang. Aku tak mahu simpan sikit pun rasa dendam terhadap sesiapa. Janganlah beri aku rasa marah lagi"
Alhamdulillah...mustajab juga.Sekarang ini kalau rasa marah pun cuma sekejap tak sampai menggigit hati hingga luka parah. Aku nak hidup tenang-tenang bukan simpan rasa tak tenang dengan sesuatu.



Comments
Post a Comment