Kalau boleh lari memang aku nak lari jauh dari keluarga aku. Aku sangat muak lihat muka sama setiap hari. Aku dah jemu dengan gelagat dan perangai sama dari mereka setiap hari.
Aku sampai satu tahap tak ingin dah tengok muka mereka. Bukan sebab benci tapi aku dah lama tahan sabar dengan perangai buruk mereka. Puluhan tahun hidup bersama buat aku muak sangat. Aku rasa dikongkong.
Tiap hari aku bertanya kenapa aku perlu ada ahli keluarga begini kenapa keluarga aku tak matang macam orang lain? Kenapa mak aku besarkan adik-beradik aku macam kanak-kanak lagi walaupun mereka dah besar panjang? Sampai bila anak akan matang?
Kalau boleh aku nak pergi jauh bina hidup baru cuma aku belum berdaya dan belum diizinkan lagi. Aku nak sangat duduk jauh dari famili toksik ni. Aku nak duduk rumah sewa lain. Aku lebih bahagia kalau mereka jauh dari aku.
Aku tak nak hadap dah muka musibat dalam rumah ni. Cukuplah segala tekanan mental aku hadapi kerana perangai syaitan mereka. Mereka perosak. Mereka jelmaan watak syaitan. Berapa lama aku menahan perasaan di rumah ini kerana terpaksa tahan dan hidup dalam trauma. Ada seekor syaitan gemuk di sini. Bapak segala dajjal.
Aku sedih aku kecewa tengok seorang adik lelaki aku yang dah berkahwin tapi pilih tidak serumah dengan isteri. Dia tinggal bersama kami dan isterinya tinggal dengan ibu bapanya. Dia hanya jumpa isteri hujung minggu melunaskan hajat.
Apa jenis perkahwinan begini? Sepasang suami isteri tidak tinggal serumah walaupun rumah dah ada. Aku paling baran sebab mak aku tak berani tegur sikap buruk anak lelakinya. Mak aku bersubahat.
Aku meluat tengok muka adik aku yang ini.Aku benci perangainya yang seolah-olah permainkan rumah tangga. Tak ada siapa berani menegur perangai si baran kepala babi ni. Sebab itulah makin besar kepala.
Aku akan bacakan qunut nazilah untuk hancurkan perangai buruknya. Terserahlah Allah nak tentukan apa buatnya. Ini tips kawan aku.


Comments
Post a Comment