Banyak keinginan dunia ini Allah tunda kepada kita sebab pertama nak menguji siapakah hamba yang benar-benar bersabar.
Banyak impian kita disulitkan mungkin kerana dari situ ada pahala sabar untuk kita.Kita ni tak banyak amal ibadat jadi Allah kirimkan ujian berpunca daripada perangai manusia dan sebagainya.
Allah uji dengan kemiskinan,kesakitan dan kelaparan serta hati tak tenang walaupun berharta.
Kalau mampu mengelak dan lari dari situasi yang tidak menyenangkan itu maka usahalah untuk keluar. Tapi jika tak mampu maka BERSABARLAH....sabar ini benda yang tak mampu dihadapi tapi terpaksa juga hadapi sebab takde pilihan.
Dunia ini memang tempat ujian tapi tidaklah seteruk azab di akhirat kelak bagi pendosa. Di dunia ini kita masih mampu bersenang lenang dalam pada ada ujian. Di akhirat sana hanya Allah penentu kita.
Bersabarlah wahai hati wahai sahabat atas perkara yang tidak kau persetujui atas dunia ini.....manusia yang menyakiti kamu pasti akan dibalas dengan keadilan Allah.
Tingkatkan amal ibadat kamu.Jangan hanyut dengan kesedihan kekecewaan terlalu lama. Syaitan akan sentiasa membisikkan putus asa ke dalam jiwa manusia agar lupa ibadah. Lupa kuasa Allah.
Ingatlah kadang-kadang Allah hadirkan seseorang itu khas untuk menguji kesabaran kamu. Kalau boleh elak silakan elak...kalau tidak...harungi saja


Comments
Post a Comment