Wednesday, 30 April 2025

Selamat Hari Buruh 2025

 Pukul 12.30 tengah hari.

Hari ini hari buruh.Hari cuti buat semua pekerja.Hari untuk istirehat dan beriadah bersama keluarga atau me time.

Sayangi diri sendiri dan self love ❤️ ya!

Manjakan diri sendiri dengan perkara yang bermanfaat untuk kesihatan rohani dan jasmani.



Selamat bertemu kembali alam semesta yang sentiasa menemani jiwa-jiwa yang ingin bersatu dengan mereka.

Cuaca redup dan tidak panas hari ini.

Grounding grass (memijak rumput) di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur untuk membuang cas negatif dari tubuh.Bagus untuk sistem tubuh dan otak.

Aku matikan hajat untuk makan-makan di shopping mall lantaran mood introvert kembali lagi.Rimas lemas berada di tengah lautan manusia berdedai-dedai. Jadi aku pilih untuk TENANG!






Ditemani angin lembut bertiup meskipun cuaca mula terasa bahangnya.Duduk di bawah pohon buluh ini memberi aura ketenangan jiwa.Memandang alam sekitar yang indah dan bersih. Kehijauan pepohon mengurniakan satu perasaan damai bersatu dengan alam.



Jam 1.44 petang.Masih di sini melihat sekeliling air tasik yang mengalir perlahan membentuk alunan bergaris.

Awan bergantung membentuk corak tidak sekata.Burung riang berterbangan.

Di kala usia makin meningkat lebih baik kurangkan bergaul dengan manusia yang tidak bawa manfaat.Jadilah insan yang bijak memilih pergaulan. Kenali diri bersahabat dengan diri sendiri insyaallah Tuhan akan hadir bersamamu.


Tuesday, 22 April 2025

Berhenti mengintai hidup orang lain

 Kurangkan mengintai hidup orang lain di media sosial insyaallah kesihatan mental lebih tenang.

Peraturan untuk hidup tenang di akhir zaman fitnah ini;

Jangan terlalu banyak scroll berita di media.Jadi risau dan murung.Rosak otak yang sihat.Belajar fokus kepada pembangunan diri sendiri sahaja seperti motivasi hidup, tingkatan spiritual dan energy positif.

Usah ambil tahu secara berlebih-lebihan setiap inci aktiviti hidup orang lain.Jika tidak kamu akan ditiup rasa kurang, tidak puas hati,rasa malang dan tidak beruntung dengan kehidupan sendiri.

Dengan itu kita tidak membandingkan hidup orang dengan hidup kita.

Kita akan belajar lebih bersyukur dengan apa yang kita miliki saat ini.

Banyak bersyukur nescaya Allah akan tambah nikmat kamu.Bersyukurlah.

Kamu perlu ingat tidak semua yang menunjukkan kebahagiaan dan kegembiraan di media sosial itu adalah sebenarnya bahagia.Boleh jadi hanya untuk menutup kelemahan sahaja biar nampak sempurna.

-Perjalanan rohani masih panjang 

Saturday, 19 April 2025

 Sepanjang berada di bandar Kuala Lumpur berpuluh tahun ini aku tak pernah terlintas nak jumpa Dato' Seri Siti Nurhaliza secara langsung.Wajahnya dan video dia ada di mana-mana saluran media sosial.

Entah kenapa balik dari beraya di kampung,dapat maklumat Siti akan muncul di Pavilion Bukit Bintang KL pada hari Ahad 9 April 2025.

Hati ini datang suatu perasaan rasa nak pergi tengok.Untung nasib dapat bergambar.Huh tinggi angan-angan.

Tema majlis sambutan ulangtahun ke 30 dalam industri seni.Ya sudah 30 tahun Siti Nurhaliza dalam industri hiburan.Dia menghiburkan kita semua sejak dari kecil.

Sampai di Pavilion aku dah dengar suara Siti bercakap dengan mic 🎤.Dia dah naik pentas dari 1pm agaknya.Aku saja yang lambat sampai sebab terleka.

Terpaksa menyusup masuk menghampiri pentas utama biar nampak Siti depan mata.Nampaklah sipi sipi sebab orang hadapan tinggi. Terjungkit juga kaki nak melihat Siti.Alahai cantiknya dia rasa cair tengok.Wajahnya comel.Manis sangat senyuman.Inilah kali pertama tengok berdepan.




Wednesday, 16 April 2025

Tenang itu menang


Assalamualaikum alam semesta yang selalu menjadi peneman setiaku.

Salam sejahtera alam semesta ☯️ yang sentiasa memberi energy seimbang dan harmoni kepada Menciptakan kebahagiaan bersatu dengan alam kehijauan serta haiwan-haiwan.

Aku berterima kasih kepada Allah SWT kerana menciptakan alam sekitar yang indah dan ianya wujud di tengah bandaraya untuk dinikmati manusia yang tahu erti menghargai.



Hari ini 17 April 2025 kedudukan planet terbesar duduk segaris/sejajar bersama.Ia menyebarkan energy baik kepada penduduk bumi.

Aku ke sini untuk teknik grounding (memijak tanah tanpa kasut) untuk merasai cas-cas bumi yang positif.Rasai pengalaman memijak tanah dan rumput dengan tapak kaki.Niatkan dalam hati untuk merasai getaran bumi. Kesannya bagus untuk menghilangkan penyakit mental seperti kerisauan, kebimbangan,resah gelisah dan kemurungan. Insyaallah dengan izin Nya.Tiada yang sia sia Allah ciptakan waima seketul batu tetap ada kegunaannya.




Tenang itu menang.Jika fikiran terganggu dan kusut bagaimana hati hendak jadi tenang.Bila kita tenang automatik hati rasa gembira dan mudah menikmati kegembiraan.

bersyukur diri ini telah terlepas dari segala ikatan rantaian permasalahan hidup yang menekan Belajar bicara dengan DIA dan belajar bersahabat dengan alam.

Hidup ini adalah untuk menikmati dan dalam masa sama melepaskan kata Prof MAS.😄

Jangan di ikat sebarang sesuatu pun dalam hatimu.Ingat.


Di sebalik pohon buluh tunggal.Banyak pohon semalu tumbuh atas rumput. Duduk sambil ambil suasana semulajadi.



Hari terasa berbahang panas kerana waktu sudah masuk 3 petang.Rasa berpeluh dan panas.Sebaiknya datang waktu pagi ketika cuaca masih segar dan berangin.Sekarang pun ada berangin cuma matahari masih aktif.




Pukul 4 petang air pancut mula bergerak meloncat turun.



Ibarat menuju ke sebuah pulau 🏝️.Cantik pemandangan petang di taman tasik.Lelaki berkayak ini sudah beberapa kali membuat pusingan.Anda seorang yang berani.

*Saya guna telefon Redmi 



Dari jauh melihat langit terbentang luas.Semuanya dijaga oleh para malaikat.Banyak bangunan tinggi yang naik itu merosakkan pemandangan semulajadi.


Jom kita ke tasik belakang pula.Cuaca petang matahari memancar terik menggigit kulit.Mujur ada payung ☂️.Ramai pengunjung mula brisk walk Dan jogging 👟.Ok aku brisk walk 😀



Kelihatan pemandangan seperti pulau kerana ada deretan pokok kelapa.Air tasik agak hitam akibat lumut.



Pokok apa namanya ni.Hidup segan mati tak mahu.Kering sahaja seperti sakit.
Semasa melawat taman tasik musim pandemik covid tahun 2020 -2021 keadaan tumbuhan di sini cantik Sekarang banyak yang tidak sihat.


Indahnya ciptaan Tuhan.Segar mata melihat semua ini.Terima kasih ya Allah Engkaulah Maha Indah.Alam ini manifestasi keindahan cinta MU.


Sinaran matahari petang di sebalik rimbunan pokok.




Di sini agak redup dilitupi pepohon.Ada kerusi batu bentuk bulat besar.Kemudian datang pelancong India bergambar.Semoga kalian gembira melawat taman tasik Titiwangsa.
 



Si kucing hitam penunggu tasik.Tadi dia berbaring tepi pokok buluh dengan kaki terbongkang.Panas agaknya.Kurus panjang tubuhnya.Hanya mengharapkan ehsan manusia yang membawa makanan.Semoga Tuhan pelihara kucing ini dan melindunginya.


Rumah besar orang kaya di persiaran titiwangsa.Ada pondok sekuriti.Di dalamnya tentu ada kolam renang, ruangan santai seperti spa.Bagaimana keadaan di dalam agaknya.Tumpang bahagia lihat rumah besar sebegini.Damai rasa 💓 hati.Rumah di taman begini tidak akan diganggu oleh kerajaan atas alasan pembangunan insyaallah.

Beruntung lah jadi orang berada.

Jom kita balik 6.30 pm 



Selamat Hari Buruh 2025

 Pukul 12.30 tengah hari. Hari ini hari buruh.Hari cuti buat semua pekerja.Hari untuk istirehat dan beriadah bersama keluarga atau me time. ...