Tuesday, 31 December 2024

Selamat tahun baru 2025

 



Masuk saja tahun baru maka umur kita semakin meningkat ke arah tua.Ha ha ha

Jom kita tinggalkan lembaran lama buka lembaran baru..

Apa azam tahun ini?Azam aku paling utama 🌶ingin merubah hati dan cara fikir ke arah yang lebih positif berlandaskan syariat yang benar.Hati baru fikiran baru.🧠💚Tak mahu lagi diperdaya hawa nafsu yang liar lagi merugikan diri.

🌶Aku juga ingin lepaskan semua memori pahit menyakitkan hati yang menggigit diriku hingga sakit.Dah tak nak bawa biawak dalam baju.

🌶Aku juga memaafkan apa juga salah silap org terhadapku.Aku tak mahu lagi pikul beban dan nak let go!

🌶Aku nak berani buang circle toksik yang merosak akal dan hati.Serahkan pada Tuhan sahaja.Aku tak mahu lagi terbelenggu dengan circle negatif dan membuang masa.

🌶Aku nak belajar fokus.Fokus.Fokus.

🌶Belajar bersihkan hati dan akal.Melatih diri untuk tidak sebut perihal orang,gosip,jauhi negatif.

🌶Mengenal ilmu ugama lebih baik lagi.Mantapkan fardu ain,tauhid,tasawuf


Semoga hajatku tercapai dengan jayanya.

*Kali terakhir celebrate new year di KLCC kemudian tidak lagi.Aku bencikan keramaian,kesesakan,kepenatan.Baik bersenang di rumah 😀

Lagipun ustaz kata sambutan ini menyerupai kaum bukan muslim.Wallahua'lam

Thursday, 19 December 2024

Hampir penghujung 2024

 Hii welcome back guys 😄

Baru aku sedar sudah 8 bulan tak buka dan update blog.Sibuk sangatkah aku?Mungkin aku tiada kisah untuk dikarang memandangkan aku dah kurang keluar berjalan.Hidup aku hanya bekerja dan balik rumah.Singgah ke mall pun dah tak ada.Bosan dan sesak nafas dengan bercampur gaul pelbagai orang.

Muak dah tengok gelagat orang.Kalau tahun-tahun sebelumnya bila cuti aku gemar keluar rumah healing ke shopping mall untuk makan dan shopping sesuatu.Sekarang aku lebih selesa duduk rehat di rumah.Penat tau keluar berjalan ni.Jemu pun satu dan buang masa.Masa sekarang berjalan sangat cepat.Kau keluar awal pagi sekejap lagi dah jadi petang.


Sebenarnya aku dah tersedar sedikit bahawa kerap keluar ni menghabiskan duit dan masa.Lagipun jenayah makin menjadi-jadi sekarang.Aku dah takut nak keluar balik lewat malam.Kalau dulu selagi stesen LRT belum tutup selagi itu aku belum balik rumah.Sekarang ni dah tak berani.Dulu-dulu mana lah aku beli keberanian tu ya?🙏😅Lagipun aku selalu amal ayat pelindung diri agar dilindungi dari musibah.Allah Maha Baik kerana telah menjaga aku.


Aura suram dan gelap di KL ni aku dah rasakan sejak bulan May 2024.Memang ada gerakan sihir yg dihantar melalui gelombang.Aku sendiri alami dan merasai gelombang jahat itu.Jadi moody,gelisah,susah fokus dan lain-lain.Aku sejenis ada sensor sensitif jadi aku tahu.Sebab tu aku takut sikit nak keluar ke mana-mana sampai balik malam.Tahun 2024 ni hidup aku agak havoc.Trauma pun ada akibat benda-benda ini.


Jujur aku cakap tahun 2021 2022 2023 pun tidak seteruk tahun 2024 ni.Waktu itu aura masih ok juga walaupun kehitaman dah mula terasa sedikit.Dunia makin tua makin kelam dan suram.Alam turut menangis melihat kemaksiatan dan kezaliman atas muka bumi.Kita saja masih dibelit dengan kelalaian yg tiada kesudahan.Menjadi hamba gajet telefon.Tiada amal ibadah apatah lagi cuba belajar tauhid.




Hening pagi di Tasik Titiwangsa

 20 Feb 2025 Tiada tempat yang terindah di bandar Kuala Lumpur selain beriadah menatap alunan air tasik di Taman Tasik Titiwangsa KL. Sudah ...