Kali ini aku akan membawa kalian meneroka kedai bundle/preloved Jalan Jalan Japan bertempat di M3 Mall,Taman Melati Kuala Lumpur.
Aku sampai ke sini sudah waktu maghrib 7.20pm.Seronok dapat masuk ke sini buat kali kedua.Kali pertama aku datang pada bulan September 2021.Masa tu sijil vaksin belum lengkap,masuk pun tumpang kawan.Kali ini lengkap vaksin rasa bebas tanpa batasan untuk bergerak tapi awas,tolong jaga sop ya!2 dos pun bukan bermakna anda kebal dari virus,sentiasa amalkan sop
Kita scan my sejahtera,cek suhu baru masuk okey!Masuk sahaja anda akan jumpa dengan rak teddy bear bersaiz besar dan comel.Aku dah ada bantal teddy bear di rumah.
Kedai Jalan Jalan Japan ini menjual;
pakaian kanak-kanak dan dewasa
Beg & kasut
Permainan kanak-kanak
Stroller bayi
Pinggan,cawan orang Jepun
Sebenarnya banyak lagi tapi anda boleh dapati di cawangan besar yang lain seperti di One City Mall,Subang.Di sana kedainya luas 2 tingkat.Semua ada termasuk gitar,alat muzik,baju renang dll
Jalan ke kiri ada rak ornament iaitu patung hiasan kecil.Boleh dihias atas almari atau rak.Comel sangat teringin nak ada juga.Ada patung memakai baju kimono siap dengan rambut palsu.Ada patung dalam rumah malaikat rahmat tak masuk,maka aku batalkan niat walaupun geram nak ada
Banyak je beg lawa tunggu pilih saja
Beg saiz medium ni biasanya digunakan oleh student.
Cantik-cantik juga beg di sini.Kena pandai memilih.Kalau harapkan kesempurnaan kedai ini tak sesuai untuk anda.Pasti ada sedikit defect kesan pemakaian pada beg kan.Aku berkenan juga dengan satu beg silang ala kulit ni tapi tak nak membazir sebab aku dah banyak sangat beg di rumah.Itupun tak terpakai kesemuanya.Itulah perempuan,dasar nampak cantik je terus beli.
Kasut preloved juga ada tau.Kasut tapak rata,kasut tumit tinggi,sandal,kasut sukan.Kasut sukan kebanyakannya ada jenama seperti New Balance,Nike,Adidas dan lain-lain.
Aku susun elok-elok kasut ni semata-mata nak masukkan dalam kamera aku hahaha.Masalahnya aku berdiri sekejap sahaja di rak kasut ni dah terbersin.Berhabuk kot dengan bau hapak kasut .Alergik.
Jom kita jelajah ke rak pakaian wanita.Ada jualan murah serendah rm1 sahaja skirt pendek ni.Aku beli sehelai untuk dipakai di luar seluar jeans.Untuk tutup bentuk punggung kalau pakai baju singkat.
Rm 1 sahaja kalau beli 3 helai pun tak rugi tapi itulah kebanyakannya saiz L-2XL.Malas nak cuba.
Deretan skirt pendek paras lutut. |
Wanita Jepun ni kebanyakannya gemar memakai skirt.Jarang pakai seluar jeans macam wanita negara kita.Kaki lawa dan gebu-gebu kan bolehlah pakai gitu :)
Pakaian wanita ada beberapa seksyen seperti baju sejuk,jaket,baju singlet,baju kasual,baju lengan panjang,dress,skirt pendek,seluar.Kebanyakan baju di sini diperbuat daripada kain knitted.Knitted ni material kainnya agak panas jika dipakai di negara kita.Bukan sahaja panas tapi gatal dan cepat berpeluh.Ini pengalaman akulah.Kebanyakan orang Jepun memakai baju kain knitted kerana sesuai dengan cuaca negara mereka yang sejuk.
baju sejuk |
Baju-baju kali ini tak lawalah tak sama macam aku pergi bulan September hari tu banyak baju cantik.Mungkin hari ini hari Ahad,ramai pelanggan dah rembat.Lagipun ini dah jam 8.30 malam.
Sleeveless dress |
Hari ni kita pakai baju dari JJJ.Baju knitted oren ni pun dibeli di sini dulu.
Ada setengah baju nampak benar lusuhnya maklumlah item preloved kan.Jangan jangkakan lebih-lebih.Harga bermula dari rm3-rm20.Ada yang berjenama Polo dan jenama biasa dari Jepun.Pandai-pandailah pilih.Seeloknya cuba dahulu di bilik fitting
kain jenis knitted.Inilah rupanya |
Shawl/mafla pun banyak dijual memandangkan iklim negara Jepun yang sejuk.Kau nak pakai pergi mana kalau beli pun?Naik Genting ke ha haa..sana pun dah tak sejuk
Ini adalah selipar terompah orang Jepun.Sesuai dipadankan dengan kimono yang dijual di rak sebelah.Cantik tapi susah sangat nak sarung di kaki.Ada sesuatu yang tak kena.
Susah nak sarung adoyyy ketat |
Bennie juga banyak dijual.Comel je kalau pakai masa musim salji kan?Dulu kan aku suka pakai Bennie cap ni kalau keluar sampai ada yang kata yo yo what's up kat aku.Bongok je haha.Padahal aku bajet-bajet macam Siti Nurhaliza masa tu.Kan dulu dia pernah berimej bennie cap sebelum berhijap penuh.
Comel pula fail ni ada gambar kartun handsome.Aku memang minat anime.
Jom pusing bahagian pinggan mangkuk.Dibuat dari tembikar corak orang Jepun.Menarik ni.Aku beli satu Japanese tea cup bajet-bajet ala orang Jepun masa minum teh.
inilah cawan pilihanku.rm3 sahaja |
Datanglah ke sini cuci mata.Aku tengok ramai yang beli baju sebakul entah apa yang dorang beli.Kenapa aku tengok baju kali ini tak ada yang menarik ?Alang-alang aku dah datang maka aku beli sehelai baju sleeveless embroidery warna biru gelap.Harga rm5 cantik beb.Duit aku terbang rm9 kesemuanya hari ini.
Skirt pendek rm1
Baju corak sulam rm5
Cawan rm3
Puas hati dapat berjalan hari ini walaupun tak banyak hasil tangkapan.Seeloknya datang hari biasa waktu tengahari ke mungkin lebih banyak pilihan baju yang menarik.Lain kali aku nak pergi cawangan One City Mall di Usj lah sana lagi besar
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.