Friday 19 November 2021

Explore lokasi rahsia rahsia Kwai Chai Hong

 Kwai Chai Hong nama diberi.Dibuka dari April 2019 lagi tapi aku baru tahu tempat ini dari seorang you tuber yang buat photo shoot di sini.Katanya di Kuala Lumpur juga terdapat street art yang menarik untuk dikunjungi,aku jadi wow !!Di manakah itu...bila #kwaichaihong dalam instagram nahh tu dia ramai pengunjung yang sudah sampai di sini,bergambar dengan pelbagai gaya dan ragam kreatif.

Dari bulan Oktober lagi aku pasang niat nak cari tempat ini.Baru-baru ini ada bagi hint dengan kawan ajak dia join tapi alasan cuti tak tentu,tak ada bajet bla bla bla.Aku malas menunggu janji-janji manusia ni,sebab kebiasaannya janji tinggal gusi haaa~~~Orang kata jalan kaki 5 minit sahaja dari stesen LRT Pasar Seni tapi aku keliru tengok google maps.Jalan tunjuk arah terbalik,maka aku jalan ke hadapan.Sepatutnya menghala ke belakang terus.Ke aku yang tak pandai baca maps?huh!

Berpeluh-peluh dengan panasnya tengahari jalan kaki tunggang-langgang entah ke mana sudah.Aku hampir putus asa tapi cuba cabar diri cari juga sampai dapat.Tempat ini agak tersorok susah sikit nak cari.Lorong Panggung.Celah mana ya.Aku naik grab dan uncle tu hantar aku di kawasan yang betul.Aku ada tunjukkan dia gambar kwai chai hong di telefon.Uncle ni terkejut aku pun tahu tempat ni.Mestilah kan hehe.Akhirnya aku sampai juga di sini walaupun sesat pada mulanya.Betullah ini tempatnya sebab uncle tu kata bangunan bercat kuning inilah tempatnya.Ya betul aku juga ada lihat dalam insta,ada orang bergambar di bangunan cat kuning itu.


*Kalau jalan kaki dari stesen lrt Pasar Seni tu dekat sahaja.Jalan menghala ke arah belakang jalan terus nampak lorong bercat warna-warni sila masuk celah situ.Ada tong sampah jalan lagi ke depan.Kalau nampak ramai-ramai tengah bergambar tu iya lah kan



Barisan kedai kuning ini depan sikit saja lagi akan jumpa Kwai chai hong


Kalau anda datang dari arah belakang,anda akan jumpa Luckin Coffee terlebih dahulu sebelah kanan anda okey>

Tadaaa!! Itu dia Kwai chai hong.Lai lai lai ~~~rasa nak jerit pun ada puas sesat dah tadi

Tulisan cina ini bermaksud lorong hantu


Jangan lupa scan barcode My sejahtera di pintu masuk


Di sebelah pintu masuk anda akan nampak patung porcelain yang diperbuat daripada ratusan pinggan porcelain kitar semula hingga membentuk imej seorang wanita.




Dahulunya mereka memasang langsir berwarna-warni tulisan cina,dari atas memanjang ke bawah. Cantik sangat bila bergambar seolah-olah berada di dalam cerita lagenda kungfu cina.Sekarang ni langsir itu sudah dicabut entah kenapa.





Bergambar di pintu masuk.Hari ini aku saja test pakai hijab.Ini bawal Aidijuma pink paris,rasa muda remaja pula kikiiikii
Sebaik sahaja pasang telefon pada monopod,pusing-pusing skru monopod dah patah.Baru saja nak selfie dengan monopod.Geram pula aku terus humban je dalam tong sampah tepi tu.Monopod lama beli tahun 2014.Baru 1x guna,tak ada kualiti




TQ kepada adik yang sudi ambilkan gambar akak :)








Selfie sendiri sajalah kan








Restoran berlampu tanglung ini tidak halal.Ada arak dan khinzir.Dekorasinya memang cun


















Bawa my Neo noe jalan-jalan :)

*Me time*    *_* selfie .Puas hati datang sini.



Sayangnya lukisan street art Oppo Reno5 ini dihalang oleh sebuah kereta.Susah untuk bergambar penuh.Basikal yang dahulunya ada di sini pun sudah tiada lagi.Kalau tidak boleh bergambar sambil bergaya mengayuh basikal.

Dalam perjalanan pulang,anda boleh keluar ke kiri dan belok ke kanan jika hendak ke stesen LRT/MRT/KTM Pasar Seni.Anda akan jumpa restoran di bawah.



Tepi sini ada kakak menjual air limau asam boi.Terus saya beli,sekali teguk sahaja untuk menghilangkan dahaga.Panas lit lit kawasan Petaling Street hari ini.Langit nampak mendung tetapi tidak hujan pun


1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...