Friday 14 May 2021

Rendang pertama aku di hari raya yahooo

 13.05.21

Pertama kali dalam sejarah hidup aku masak rendang ayam sempena hari raya aidilfitri di kampung.Cedok resepi dari chef wan.Ini saja yang meyakinkan takkan chef wan nak scam resepi dengan bagi resepi tak lengkap kan.Kalau blog lain aku kurang yakin.

Serai minta dengan makcik Ani,daun kunyit memang banyak tumbuh depan rumah kampung.Kunyit hitam pun melambak tumbuh.Sampai tak termakan.

Rendang ayam aku menjadi beb,bagi aku sedaplah untuk pertama kali bikin.Bila tumisan hampir kering berulang kali aku tambah air.Menjadi juga akhirnya.Entah kenapa bila duduk di kampung tangan aku jadi magic semua tahu,semua boleh buat.Itu namanya berdikari.



Suasana dari halaman rumah.Banyak induk ayam dan anak-anaknya mencari makan.Kambing berbagai corak juga berpuluh ekor dalam kandang.Kalau dia duduk di luar begini bermakna waktu bersantai.Kambing-kambing ini dibela oleh bapak aku.Gemuk-gemuk dan gagah.Kalau kambing kecil baru lahir kena asingkan kandang nanti dibuli oleh kambing besar.Kadang dipijak sampai longlai dek berebut makanan.Sedih sebenarnya.



Biasanya kepala induk akan mengetuai rombongan kambing ke padang rumput.Mereka akan makan rumput liar di kawasan lereng tanah padi dan tali air yang tohor (cetek).Cukup masanya mereka kembali ke kandang.Tapi ada juga yang degil sesat di dalam hutan atau singgah di kawanan kambing lain.


Anak kepada saudara datang bermain bunga api.Suasana hari raya di kampung tidaklah meriah dan hambar sahaja kerana musim covid.Banyak sekatan jalan tidak dibenarkan merentas daerah sampai ada yang sanggup lalu jalan dalam hutan untuk balik beraya dengan mak ayah.


Ayam-ayam rumah ini pun ada orang nak curi.Seekor demi seekor hilang entah ke mana.Pakat dakwa itu ayam dia bila ayam-ayam ini mula mencari makan depan rumah mereka.Boleh pula macam tu kan?Ada juga yang tangkap kesemua ayam dewasa masuk guni dan jual.Kegilaan apakah?Ini ayam rumah ni woiiii...teruk perangai geleng kepala.

Banyak nyamuk bila duduk bawah pokok luar rumah.Dalam rumah rasa bahang panas sebab rumah kampung atap zink.Ada siling pun masih panas.Malam saja sejuk sedikit.Kulit aku dah gelap kena sunburn kerana gigih sapu daun kering dan bakar.Beginilah kehidupan di kampung sentiasa terdedah dengan cuaca panas.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...