Sunday, 30 May 2021

Kambing /goats playing around

 Zaman kecil dahulu selalu dimomokkan dgn cerita kambing busuk tak mandi..memang benar kambing takutkan air.Jika disiram mencicit lari.

Arwah nenek aku sudah membela kambing dalam 20 tahun lalu.Sepasang kambing jantan dan betina diikat bawah tiang rumah.Mereka dan anak hanya berlegar di situ sahaja.

Ibu kambing ini sudah melahirkan anak berbelas ekor.Kini ramai pula cucunya.Kebiasaannya kambing hanya melahirkan 1-2 anak sahaja.Anak kambing memang terus pandai berjalan selepas dilahirkan.Anak kambing menyusu ibu sehingga 3 minggu.Kemudian barulah mula mencari tumbuhan daun kayu atau dedak.

Aku sukakan kambing.Mereka lucu dan comel.Kambing biasanya jinak jinak merpati.Bila kita dekat dia akan lari sedikit.Kalau mereka sihat dan tiada sakit maka bulunya akan tumbuh rapat2 dan tampak berminyak gitu.Matanya juga bersinar terang tanpa tahi mata.Langkah kakinya juga cergas dan bertenaga.Galaknya bukan main apabila dapat keluar dari kandang.Mereka akan bergurau sesama mereka dgn cara mengangkat kedua kaki hadapan dan berdiri lalu menanduk kambing lain.Itu cara mereka bergembira.Mereka juga melompat girang di atas tambunan pasir yg tinggi dan berlari kecil.

Kambing ada banyak jenis baka.Baka kecil dan besar.Pembesaran kambing juga bergantung kepada cara pengurusan.Jika kambing dikurung sahaja mereka tidak akan membesar dgn sihat malah menjadi stres.Jadi kambing -kambing aku lepaskan 2x sehari.Pagi sekitar jam 10pagi dan petang 5.30 petang.Masa tidak tentu bergantung pada cuaca.Jika panas terik kambing tidak mahu keluar ke tali air memakan rumput.Jika keluar pun cuma sekejap 10minit.Jika panas mereka akan berteduh di bawah pokok redup.Mereka juga seperti kita.

Kambing tidak akan berpecah dari kawanan mereka.Yang paling besar dan bertenaga menjadi ketua kawanan.Si induklah yg akan membawa kambing lain ke tempat meragut rumput.

Bapa kambing menerajui kumpulannya.Jika diberi makanan dalam bekas bapa kambing akan monopoli habis dan tidak benarkan kambing lain makan .Tamak dan haloba sesuai dgn badannya yg besar itu.Janggut tumbuh lebat di dagunya.Kacak rupa bapa kambing.Tanduknya berbagai jenis.Ada yg tajam ke atas dan ada yg tumbuh ke dalam.Jika berlaga dgn kambing jantan lain maka dia akan kalah kerana tanduknya tumbuh ke dalam.

Pernah nampak beberapa kali kepala kambing ku berdarah selepas beradu tenaga dgn kambing jantan lain.Balik kandang termengah-mengah kepenatan.

Si ibu tua yg berusia lebih 15 thn kurang tenaga dan tidak akan berjalan jauh.Hanya mencari makanan sekitar kandang sahaja.

Si induk/ibu muda yg menjadi ketua juga ada jahatnya.Dia akan menanduk ibu kambing lain yg lemah dan juga anak kambing yg kecil.Dia hanya melindungi anaknya sahaja walaupun tinggal di 1 kandang.Aku pernah ternampak ibu induk ini menanduk kambing kecil hingga tergolek dan kaki capik.Mujur aku segera menghalau.

Kasihan sekali..beberapa hari anak kambing ini kesakitan dan tak boleh berjalan lancar.Terhijut-injut sambil melalak.



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...