Thursday 8 April 2021

Nilai dan harga sebuah ketenangan

 Hampir 2 minggu sudah aku di kampung.Tak pernah sebelum ini aku tinggal lama begini.Paling lama pun 4-5 malam sahaja.Nikmat ketenangan berada di kampung tiada bandingannya.

Bangun pagi bunyi kokokan ayam.Nampak hamparan langit biru yang indah.Bunyi suara binatang lain.Malam bunyi irama unggas.Berlainan daripada bandar KL.Malam bunyi orang memekak dan enjin motor membelah jalan.Kusut sekali.

Aku lihat itik serati,ayam,kambing dan kucing pun sudah rasa bahagia.Ada pula pokok menghijau cukup menjadi terapi mata.Tenang itu tidak boleh dibeli.Bila dalamann jiwa merasa tenang maka di luar juga membantu tenang.


Handsome nya Merah

ayam jantan banyak ekor tapi dah menghilang dicuri/lari ke rumah org

Jam 8am berkabus,jarang2 view begini

Tali air keroh kerana lama tak hujan


Budak2 tangkap ikan

view senja,lawaaaa


cerdik kambing ni dia tahu di mana dedaknya



Aku kupas buah katak buru bagi kambing makan

Jumpa kapas original

Kembang yg penakut



Berlainan sekali dengan bandar.Semuanya dirasakan kusut dan serabut.Mungkin pemikiran penduduk sana juga serabut

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...