Tuesday, 6 April 2021

Ladang lembu Selising

 Harapan untuk melihat ladang lembu ala Kundasang  di Selinsing akhirnya tercapai kini.Makcik aku yang khabarkan tempat ini.Katanya ada kuda,arnab,lembu besar New Zealand hitam putih.

Selepas jam 9 pagi kami bertolak.Sampai di sana anggaran 9 lebih.Malam tadi hujan jadi punah harapan untuk melihat kabus di ladang lembu ini.Cuaca jadi terang dan cerah.

Adalah beberapa pengunjung datang.Ke jalan bawah pula ialah Jeram Mengaji atau dulunya digelar Jeram Mak Nenek.Terdapat jeram kecil sesuai untuk kanak-kanak berkelah.Di atas bukit sana ada pondok tempat mengaji ilmu ugama.

Lembu hitam putih itu dikurung dalam bangsal.Mereka belum dilepaskan di landang rumput.Ermm tak boleh bergambar dengan lembu.





Aku suka view hijau,segar mata melihat

kuda

view cantik tapi lembu tiada


Kosong saja ladang yang menghijau.Apa pun view memang cantik bagi aku.Rasa lapang dan tenang.Disebabkan makcik nak balik segera untuk singgah pasar beli lauk maka terpaksalah turut balik.Tak puas lagi berlama-lamaan di sini.Bukan senang nak datang memandangkan saya bukan penduduk Selising.

Harapan saya lain kali akan bertemu musim kabus di ladang lembu Selising ini.Mesti indah.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Allah Hu

 Hari ini masuk 15 Januari 2026.Sekejap sahaja sudah 15 hari berlalu. Apa khabar diriku?Hmm..aku mula berubah sedikit iaitu paksa diri untuk...