Beralih tempat maka jiwa sama bertukar
Monday, 22 March 2021
Sunday, 21 March 2021
Jalan-jalan ke Genting Highlands-Dinasour Park tbt
Di sini aku ingin introduce sedikit sejarah Genting.
Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting (2000m di atas paras laut 3°24′6.51″U, 101°46′2.62″T) ialah puncak gunung yang terletak dalam Banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia dan merupakan tempat peranginan yang terkenal di Malaysia. Merentasi sempadan negeri Pahang and Selangor, perjalanan ke Genting Highlands mengambil masa kira-kira sejam dengan kereta dari Kuala Lumpur ataupun melalui kereta kabel bergerak yang terpantas di dunia.Diusahakan oleh Tan Sri Lim Goh Tong.-credit to Wikipedia
Genting Highland 2008
Habis kelas di kampus kami semua ke Genting,kawan dari Johor yg ajak.Siapa tak excited pertama kali berjalan sambil berhibur
Oh manisnya..manisnya senyumanmu |
seronok kayuh bot hehe |
jambatan gantung paling epik di Genting |
zaman pakai skaf di leher,smart seyh |
masa untuk naik cable car |
Taman dinasour,aummmm |
Genting Highland 2010
Kami berlima naik bas Go Genting dari stesen LRT Gombak.Tambang waktu itu sekitar RM 40 (bas+theme park games).Ada geng yang buat hal datang lambat alasan jem dari Cheras!Rancang awal pagi bertolak ini sampai hampir 11am lebih di atas sana.
People killing people dying
Children help and you hear them crying
Can you practice what you preach
or Would you turn the other cheek?
Singgah di Mac Donald untuk sarapan pagi sekitar jam 11.45am
Lagi 2 orang geng kami sibuk jalan-jalan ke lain cari pasal...
Nahhh sekarang kami berempat dah berkumpul,lagi seorang hilang entah ke mana...sesat di dalam kabus agaknya wakakaka
Mika,Fuzz,Janna,Ena and Zara will rock on Genting today!
we are young,we are free,we are fun |
Beg masing-masing penuh dengan makanan hahaha.Tengah sibuk nak cek in themepark
Bas London,port wajib bergambar |
Belakang ini ada air terjun &kolam ikan koi yg cantik |
Puas pusing-pusing dan bermain permainan di outdoor themepark,kami ke Snow World bayaran RM 22 kalau tak silap,sejuk sangat sampai selsema
get ready to enter Snow World yeahh |
Gambar curi-curi sebab camera not allowed :P
sejuk betul..grrrrr |
seram naik Space Shotbenda ni,nak tercabut otak Pernah dengar Sir Danny tempat tuisyen cerita,ada orang putus kepala naik benda ni sebab rambut tersangkut di atas waaaaa adoyai.. |
Times Square can't shine as bright as u |
Godek apa tu dalam beg tu |
Beautiful memory with cold fog
Seiring dgn putaran waktu,geng kami telah terpisah dan bawa haluan masing-masing.Sudah 10 tahun lamanya kan..krik krik
************************************^_^****************************************************
Macam aku,tiap tahun mesti lepak Genting.Kadang 2-3x setahun naik atas sana.Bukanlah apa cuma saja nak hirup udara nyaman,lari sekejap dari kesibukan kota.Seronok bila naik bas dan menyusuri jalan berbukit,penuh pokok kiri kanan.Pemandangan yang amat menyenangkan bagiku.Menjadi satu ketenangan bagiku melihat gunung-ganang dan bukit bukau yang menghijau.
Kebanyakan orang tentu tahu sekarang taman tema Genting masih ditutup untuk membina pembaharuan taman tema baru bernama 21 Century Fox seperti di US tu.Hampir 3 tahun juga ditutup(bermula Mei 2013) sehingga tarikh hari ini.
Saja aku ingin berkongsi sedikit gambar sewaktu di Genting.
Kabus hutan menyapa aku disusuli bunyi unggas bernyanyi |
Shot Hotel Theme Park hanya boleh diambil melalui Taman Astakona sahaja |
Morning glory nan ungu |
Malas nak menapak ke Ria Apartmen belakang sana,naik bukit..semput nanti |
Kabus keluar melalui saluran?Apakah?? |
Polis trafik mana ni.. |
Pemandangan Ria Apartmen dari cable car |
Lobi First World Hotel.Lampu bergelimpangan buat kau rasa nak tidur tau |
Pemandangan pagi melalui bilik Hotel First World |
Nampak tak ?Bangunan putih inilah Amber Court! |
Bangunan terbengkalai dan laluan jalan berliku ke Amber Court |
Spectacular indahnya pemandangan! |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Chalet kg kemensah
Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...
-
Teluk Dalam Resort secara rasminya telah terbengkalai dan ditutup pada tahun 2015 kerana masalah pengurusan dan kewangan.Jadi blog saya ak...
-
Lagu yang paling tenang, menyentuh hati,tidak jemu ulang berulang kali dan dapat menjadi ubat hati di kala hati ini sakit dengan perkara du...
-
Persahabatan adalah hadiah paling hebat dalam hidup.Persahabatan sebenar ialah saling faham dan memahami antara dua jiwa.Persahabatan juga...