Monday, 29 October 2018

Siapa ada crush istimewa

Dalam hidup ini pasti ada insan yang kita suka dan minat serta kagum dalam diam bukan?Ini yang dipanggil sebagai crush.Tipulah kalau tak ada.Zaman sekolah dulu tentu ada senior atau junior yang kita minat.Nampak dari jauh je confirm teruja dan menjerit kecil.Mulalah cuit kawan-kawan nak bagitahu "ehh tu dia tengah jalan!" Dengan riak wajah suka yang amat.Hahaha....

Bila dah masuk era kolej atau uni pun pasti akan ada crush kita kan.Kalau masuk era pekerjaan pun pasti akan ada crush kita.Yang itu kena cek betul-betul takut suami/isteri orang.Naya nanti...

Kalau yang ada jodoh,dari jadi crush mula menjadi pasangan kemudian ke jinjang pelamin.
Itu alhamdulillah rezeki namanya.Atas asbab berusaha mencari jalan untuk mengenali dan rapat dengan crush tersebut.Jenis yang pemalu pendam sampai mati...terlepas sudah.Hahaha

Biasanya crush aku akan perlahan-lahan jadi kawan.Sebab nak elak perasaan segan apabila berjumpa mereka.Jadi kita jadi sempoi sudah.Biasanya mereka ini spesis ada rupa jadi dah ada makwe.Tak apalah kita buat sebagai kawan.Tak semestinya crush kita kena jadi pasangan kita.

Teringat seorang crush aku.Cukup aku gelarkan dia sebagai Z.Memang cukup pakej.Subhanallah orangnya peramah,baik,murah dengan senyuman.Siapa saja tengok dia akan suka.Personaliti dia tu yang menarik.Rupa seperti Korean Japanese.Ibunya pun putih.Rupanya masa mengandungkan Z ibunya suka tengok drama Jepun tajuk Oshin di tv.Subhanallah kuasa Allah yang mencipta wajah Z sebegitu.
Z jujur berterus terang dia ada makwe.Aku sedikit kecewa tapi tak apa kita jadi kawan.Aku jenis open minded.Makwe Z pun aku kenal.Mula-mula ada sedikit pergeseran akibat cemburu tapi lama-lama aku jadi kawan pula dengan makwe Z.Aku tak kacau hubungan mereka.Aku anggap Z hanya kenalan bila aku berkunjung ke tempat kerjanya di sebuah pusat karoake terkemuka.Seronoknya Z sempoi join karoake sama-sama.Aku kalau singgah ke karoake sana kalau tak ada Z hilang mood.Haha...Selalu belikan dia coklat Cadbury kalau datang.Alah dia kawan aku jadi anggap je sedekah untuk dia.Dia dah bagi servis bilik,mic dan lain-lain.Apa salahnya bagi tip.Lol...

Dapat tahu Z dah putus dengan makwe lama dan dapat yang baru.Satu tempat kerja juga.Ah tak kisah janji dia happy.Dia nak berkahwin dan ada jemput aku.Malangnya aku tak dapat datang.Apapun aku gembira dengan berita itu.Dan aku dapat tahu dia telah bercerai dan dikurniakan seorang anak lelaki.Comel anaknya.Bekas isterinya pun dah berkahwin lain.Z aku tak dapat jejaki.Sedih juga dengar perkhabaran buruk itu tapi apakah daya jodoh pertemuan dan perpisahan itu adalah aturanNya.Apapun aku sentiasa doakan yang terbaik untuk Z.

Kisah sekarang pula....☺

Aku ni sejak Allah beri aku ujian hati aku mula mendekatkan diri mendengar kuliah agama di surau dan masjid.Aku bersyukur diperkenalkan dengan guru mulia ilmu tauhid iaitu Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari.Kebetulan aku pernah berdoa agar Allah mudahkan aku belajar ilmu mengenal Allah sedari pertengahan tahun 2017.Memang ada hamba Allah yang sebelum ini memperkenalkan aku apa itu makrifatullah.Jadi secara tak sedar ia membawa aku kepada Ustaz Iqbal Zain.

Aku mendapat info ustaz ini ada kelas setiap Isnin di sebuah surau kawasan KL.Selepas balik kerja jika diizin Allah aku akan ke sana.Kawan-kawan di sana semua ada bawa buku catatan.Aku tak tahu.Lain kali aku bawa buku catatan sendiri.Alhamdulillah aku suka dengar ceramah ustaz.Sangat jelas dan faham.Baru pertama kali aku rasa betapa seronoknya mendengar ceramah live depan mata.Ustaz pula sungguh fasih menuturkan kata-kata.Tak berkelip aku tengok ustaz.
Dia seolah-olah faham gejolak yang bermain dalam hatiku.Dia menyebut apa itu takdir Allah berhubung dengan ilmu tauhid iaitu HAKIKAT.
Aku tak pandai nak terangkan takut orang keliru.Nak tahu detail sila belajar dari awal.

Aku mulalah hashtag dalam instagram cari nama ustaz ini,cari lokasi ceramah.Bila begitu akan keluar posting berkaitan.Ada gambar masjid,gambar orang bergambar dengan ustaz.Tiba-tiba mataku melekat dengan seseorang.Wajahnya begitu sejuk mata memandang,bersih dan nyaman.Segak itu dah tentu dengan kopiah di kepala.Aku mula melawat profil insta nya.Nasib dia tak private.Pertama kali aku tengok lelaki ini aku boleh agak dia kelihatan poyo sedikit.Dia baik tapi nampak poyo.Rupa parasnya subhanallah.

Aku follow ig dia.Rupanya dia seorang yang rajin menghadiri apa jua kuliah dan majlis ilmu.Subhanallah.....

Aku juga selalu menghadiri majlis ilmu anjuran Darul Muntaza oleh Habib Ali Zainal Hamid.Pernah nampak wajah lelaki ini dalam skrin tv masjid.Aku cam benar itu adalah dia.Subhanallah....

Pernah juga semasa ceramah ustaz Iqbal aku nampak jelas dia duduk di barisan hadapan ustaz.Walau susuk tubuhnya hanya nampak dari belakang dan tepi tapi aku kenal itu dia.Dia berjubah putih dan memakai serban putih.Ya Allah...betapa kacak dan menawannya dia.Sejuk mata dan hatiku melihat dia.Perasaan tenang itu ada.Nama pun majlis ilmu,para malaikat turun mendoakan manusia yang ada di situ.

Aku suka sangat lihat semua gambar-gambarnya.Aku mula mendapat firasat bahawa dia seorang yang baik.Poyo itu mungkin kerana parasnya sahaja.Dia juga anak yang penyayang terhadap kedua ibu bapa.Dia crush aku ke?Ya sangat..aku sejuk hati lihat dia.Ada sesuatu istimewa dengannya.

Sudah takdir akhirnya kami berjumpa.Suspen juga aku nak jumpa lelaki berupa elok dan baik ni.Ya Allah berdegup jantungku.Helok sangat dia.Aku tak boleh cerita lokasi di mana,atas tujuan apa.Yang boleh aku katakan kami jumpa atas urusan bisnes.Cara dia berkomunikasi amat profesional dan menyenangkan.Aku tak rasa janggal masa pertama kali berjumpa.Rasa senang hati dan selesa.
Bibirnya tak lekang dengan senyuman.Senyuman ikhlas pula tu datang dari hati yang bersih.Mata pun tepat pandang mata kita semasa berbual.Rasa dihargai.Bahasa tubuh pun positif.Jatuh hati weii tengok.Jenis aku ni boleh rasa jika orang itu baik hati atau tidak.Jujur atau tidak.

Paling terharu dia sempat beri aku semangat dikala aku kata aku kerap rasa down.Dia kaitkan nasihatnya dengan hadis Nabi,kisah orang tua & kanak-kanak menaiki keldai.Hidup ini tak usah fikir apa orang kata,kita hidup hanya untuk beriman kepada Allah.Deep nya nasihat dia.Tak pernah aku jumpa lelaki sepetah ini dalam berkata-kata.Mungkin dia belajar dari kuliah yang banyak dihadiri.

Mungkin belum ada rezeki aku belum dapat berhubungan bisnes dengannya lantaran ada sebab tertentu.

Tapi sejak pertemuan itu lagi kerap aku stalk media sosialnya.Suka sangat tengok sebab sejuk mata dan jiwa.Rasa tenang lihat wajah,senyuman manisnya.Posting dia juga banyak ke arah perkara kebaikan.Banyak majlis ilmu yang dia hadiri dan terlibat.Masyaallah.Hati ini mengatakan dia seorang insan yang baik luar dan dalam.Dari air wajahnya kita dah tahu dalamannya bagaimana.Kata Prof Dr Muhaya,5 minit bercakap dengan orang dah tahu orang itu manusia jernih atau keladak.Aku tahu dia lelaki yang matang dan cerdas pemikirannya.Dia berbeza dari yang lain.Ada keistimewaan dan X-Factor.Aku dapat rasakan dialah ciri-ciri yang aku nak selama ini.Ya Allah beruntungnya andai dia jadi milikku.

Dalam hati pernah berangan,kan best kalau dapat jadi sebahagian daripada hidupnya.Tak semestinya kena jadi gf,jadi kawan rapat pun jadilah.Kalau dapat jadi buah hatinya lagi istimewa.Opss berangan ke bulan pula.Siapalah aku....aku mungkin bukan gadis idamannya bahahaa...😂

Sebab dia dah ada gf...tak apa...aku doakan dia bahagia dan cepat nikah.Aku takkan doa dia jadi jodohku....aku cuma seorang gadis yang mengaguminya dalam diam.....andai dia belum berpunya....dia pun duduk tak jauh mana dari tempatku.

Kelebihan ada crush dalam diam ialah anda hanya mengagumi dirinya dari jauh dalam diam,tiada rasa sakit hati,cemburu atau sedih.Tidak perlu trying so hard untuk cari perhatian dan kasih sayangnya.Amat bahagia dalam diam menyukaimu.....


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...