Saturday, 17 February 2018

Teluk Kemang,Port Dickson

Assalamualaikum u all

HARI PERTAMA

Kali ini nak post tentang perkelahan ke Port Dickson di tahun 2018.Seperti yang telah dirancang,kami semua memilih tarikh 11/2/18 (ahad) -12/2/18 (isnin).Lawa tak hari tersebut?Tak adalah sesak sangat pilih hari Ahad,memandangkan esoknya hari Isnin ramai orang akan bekerja.

Kami semua berkumpul di stesen KL Sentral dalam 10 pagi.



Harga tiket dari KL Sentral ke Seremban ialah RM8.70,jika menggunakan kad touch KTM cuma RM8.00 sahaja.

Pilih aliran train ke Seremban/Sg Gadut di platform 6.

Alhamdulillah,sebaik sahaja semua berkumpul di lobi bawah tempat menunggu KTM,tak sampai 10 minit KTM sudah tiba.Kami terus masuk dan memilih tempat duduk kerusi memanjang.Bagi yang tidak tahan,kepala agak pening.Macam aku sudah biasa.Mujur dalam KTM tak ramai penumpang,dapatlah privasi sesama kami.Hampir 7 stesen juga hendak sampai ke Seremban.Perjalanan memakan masa hampir 1 jam.

Selesa sangat dalam KTM



Tiba di stesen KTM Seremban sekitar jam 11.15 pagi.Untuk menjimatkan kos,aku cadangkan berjalan kaki menuju terminal bas Seremban.Apa lagi,kita google maps ok.5 minit dah sampai.






Bas City Liner ini memang sentiasa ada menunggu penumpang.Sebaik sahaja kami sampai,bas memang siap untuk bergerak.Harga tiket bas ke Terminal Port Dickson ialah RM3.60 seorang



Perjalanan ke Terminal Bas Port Dickson memakan masa hampir 45minit juga.Keadaan bas selesa,air cond nyaman.Penumpang pun tidak penuh.Kami menikmati perjalanan dengan aman damai.Kiri kanan kelihatan banyak pokok menghijau.Sejuk mata.

Sampai di Terminal Bas PD,kami terus melanggan Grab Car untuk ke Teluk Kemang tempat kami menginap.(Serius tak tahu bahawa ada bas ke Teluk Kemang).Silap kami juga tak tanya orang awam.Mungkin nak cepat punya pasal juga kikikikkkii

Cas Grab Car untuk 6 orang ialah RM28.Hari minggu lah katakan.Kereta yang dilanggan adalah jenis Avanza.Itulah kereta paling besar.Pemandu kereta Grab terkejut melihat kami dengan beg besar berbondong-bondong.Katanya kalau begini mesti pecah kepada dua buah kereta.Nasib baik abang ni baik hati dan kira cincai.Katanya lain kali beringat,jika ada bawa barang harus pecah kepada dua kereta.Setengah pemandu memang tak ambil dan akan cancel booking.

Sepanjang perjalanan menuju Teluk Kemang.Sembang kencang dengan abang Grab Car


Yeay akhirnya sampai di hotel tempat penginapan kami iaitu Pearl Villa Hotel.Hotel ini dekat dengan balai bomba dan pantai.Cuma lintas jalan,jumpa pantai.

Bangunan merah ini balai bomba



Villa hotel ini jenis rumah teres yang dijadikan hotel

Datang-datang sahaja,receptionist sudah buat hal.Menghalang kami tidur bertiga.Kalau nak bertiga syaratnya kena tambah duit tilam RM30.Eh,3 orang sebilik apa masalahnya?Bukan sumbat sampai 6 orang.Servis very bad here,cakap banyak,bilik air pun kotor dinding berlumut.Sinki berlumut hitam tak bersih.

Contoh bilik.


Kami berehat di bilik sementara menunggu waktu petang untuk mandi.Suasana di luar panas membahang maklumlah tepi laut.

Isi perut dulu di warung tepi laut.Makanan memang murah dan sedap.Aku makan nasi 2x tambah,ikan asam pedas (ikan kembung besar),sambal petai ikan bilis & air kosong cuma RM6.Member makan nasi lauk sotong (kuantiti banyak juga),seekor ikan keli hanya RM6.Serius puas hati.Moga murah rezeki warung pakcik ini.Lupa tengok nama warung.

Habis makan,matahari telah turun sedikit di ufuk barat.Kami perlahan-lahan bergerak ke pesisir pantai.

Jam 6 petang



Pengunjung hari Ahad tidaklah seramai mana.Pantai PD ini panjang,jadi port mana-mana mereka boleh lepak.Dari PD Batu 1-Batu 5 boleh bersantai.



Add caption

Matahari mula terbenam dan keadaan tidak lagi panas barulah kami terjun laut!


Posing dulu beb



Puas sangat dapat mandi huhuhuu..mandi sakan naa..budak-budak lelaki menggigil kesejukan katanya.Yang perempuan tak ada pula rasa sejuk,lagi seronok main air ada lah.Aku tak berani naik banana boat.Walau diajak pun aku tak nak.Seram kena humban tengah laut nok!
Lagipun harga banana boat rasanya dalam RM140.Seorang dah berapa agaknya?

Habis mandi laut kami kembali ke darat,jalan lenggang kangkung menuju ke hotel untuk bersihkan badan.Bilik air di kawasan sini ada tapi tidak dibuka.Hairan juga.Terpaksa balik hotel untuk mandi.

Selepas Isyak,kami berkumpul membuat sesi BBQ di tepi pantai.Hihihi...menu ayam perap madu & sosej bakar.Berpeluh juga tunggu ayam masak.Nasib perut bukan lapar sangat sebab 5 petang tadi dah makan berat.

Sunyi sahaja suasana tepi laut ini.Hanya ada beberapa orang kelihatan memancing di gigi air.Mungkin hari ini malam Isnin,esoknya orang sudah bekerja sebab itu sunyi.Kalau di Teluk Kemang Batu 2 penuh dengan pengunjung memasang khemah dari siang hingga ke malam.Tapak sana lebih luas dan lapang.Banyak pokok rhu.Tapi di sana jauh dengan kemudahan hotel.


Kami memilih tempat berlampu terang untuk BBQ



Nampaknya arang sekotak tidak cukup untuk membakar 2 ekor isi ayam.Terpaksa tambah ranting kayu.Kipas jangan tak kipas.

5 minit sebelum 12 malam kami kembali ke hotel.Hotel tu tutup pagar 12.30 malam.Haha macam budak asrama pula kena balik ikut masa.Baru nak baring atas tikar tepi pantai sambil pandang langit ambil angin malam.Ahahaha :p

HARI KEDUA -ISNIN 12/2/18


Selesai solat Subuh,kami mandi dan bersiap-siap untuk ke Rumah Api Tanjung Tuan.Sekitar pukul 8.30 pagi kami bergerak.

Tanjung Tuan terletak di Negeri SembilanMalaysia, tetapi di bawah pemerintahan negeri Melaka. Tanjung Tuan menghadap ke Selat Melaka. Ia terletak kira-kira 16 km dari Port DicksonNegeri Sembilan.

Nama lain Tanjung Tuan ialah Cape Richardo. Tanjung Tuan dikaitkan dengan seorang nelayan yang juga keramat yang menjaga dan mengawasi puncak Tanjung Tuan.
Kehebatan keramat ini bermula apabila berjaya melepasi pusaran ganas di tengah laut terutama sekali pada bulan mengambang. Semua nelayan yang cuba melintasi pusaran ganas tersebut akan tenggelam dan hilang begitu sahaja tetapi nelayanyang keramat ini berjaya melintasinya.
Dari segi geografi, Tanjung Tuan menempatkan :
·         Hutan Lipur Tanjung Tuan
·         Rumah Api Tanjung Tuan
·         Laluan burung

Rumah Api yang dikelilingi hutan simpan ini Telah di bina oleh Belanda pada tahun 1817. Ia adalah rumah api yang tertua di Malaysia.
Kemudahan
Dari Rumah Api ini, pengunjung dapat melihat sempadan laut Sumatera merentasi Selat Melaka.
Tanjung Tuan berhampiran dengan Ilham Resort Port Dickson



Rumah Api Tanjung Tuan ini mempunyai panaroma yang cukup menarik di samping kepelbagaian hidupan flora dan faunanya.
Ia juga terkenal sebagai santuari kepada 54 spesis burung dan merupakan tempat persinggahan kira -kira 300,000 burung setiap tahun. Ianya amat sesuai bagi pencinta alam dan peminat burung.



-Sumber Wikipidia

Kami ke sini menyewa grab car RM8.Sebelum tiba di Tanjung Tuan,anda akan nampak signboard tertulis Pantai Tanjung Biru.


Ke depan lagi anda akan nampak Ilham Resort.Kawasan ini agak terpencil sedikit kerana ia terletak di dalam.


Pintu gerbang Tanjung Tuan ini hanya bersebelahan Ilham Resort sahaja.





Bayaran tiket masuk dikenakan RM 1 seorang.Nasib datang hari Isnin,kalau tak...penuh dengan orang dan aktiviti berkumpulan.


Tempat membeli tiket & register nama


Pertama kali ke sini.Cuma ikut sahaja laluan bertar menuju ke atas.Jalan mula terasa berbukit pabila semakin ke depan.

Permulaan jalan 
Ala-ala winter time gitu di kelilingi dedaun kuning,cehh





Semangat meredah laluan untuk sampai ke puncak!

5 minit berjalan anda akan temui check point pertama iaitu sebuah pondok.Bolehlah berehat jika terasa letih.



Penerangan geologi Tanjung Tuan

Pokok di tepi laluan jalan

Langit begitu cerah


Papan yang menerangkan perihal haiwan yang ada di Tg Tuan

Penerangan tentang penghijrahan burung-burung ke sini


Sepanjang perjalanan menaiki jalan berbukit (jalan landai) saya begitu terpesona mendengar bunyi simfoni alam.Unggas hutan,kicau burung,desiran angin lembut yang meniup.Bau aroma hutan juga begitu menenangkan jiwa.Segala puji bagi Allah yang menghidupkan alam semulajadi ini.Di KL tak dapat wooo..

Perjalanan mengambil masa 20 minit.Seeloknya mendaki dengan perut yang tidak sarat dengan makanan agar anda tidak termengah-mengah keletihan.Macam kami mendaki dengan perut kosong :)

Dah sampai!!


Naik sahaja anak tangga ini sampai ke atas.

Pintu masuk berkunci.Bergambar jangan lupa.


Lepak dulu lepaskan lelah

Indahnya ...nampak saja kecil tapi ruangnya besar

Bangunan bentuk silinder itu mempunyai tangga berpintal di dalamnya



Jalan ke depan sikit anda akan temui persimpangan sama ada untuk ke kiri atau kanan.Firasat aku suruh ke kanan.Maka ke kananlah kami.Ke kiri juga ada tangga menuju denai kecil menghala ke bawah.

Allah,subhanallah indahnya ciptaanMU.




Rasa nak terjun laut tak ?hehehe-I Phone 5 camera

Xiomi Note 4 camera

Inilah laut Selat Melaka.





Merenung masa depan yang cerah

Teropong lanun?






Model coconut tree


Berhati-hati semasa bergambar di sini kerana tanahnya sempit dan curam.Boleh nampak gaung dari atas.

Serius rasa tak nak balik bila datang ke sini.Ketenangan yang tiada tara dengan bunyi burung berlegar-legar di udara atas laut.Fuhh satu pemandangan yang jarang-jarang didapati.

Kalau tak kerana mengejar masa untuk check out hotel pukul 12,sudah tentu kami menghala pula ke simpang kiri tadi meninjau apa yang ada di bawah sana (menurut sumber bloggers lain dari situ boleh tembus pantai di bawah)


Model coconut fruit.Bahahaa



Masing-masing sibuk membelek photoshoot tadi


Bila turun semula ke bawah terasa laju sahaja perjalanan kerana jalan landai ke bawah.Kalau turun guna basikal ni 10 minit dah sampai kot.


Bye Tanjung Tuan....


Sebelum check out,ada masa lagi sejam lebih kami singgah pantai.Fuhh laut membiru bagai kilauan mutiara disinari cahaya matahari.




Macam memanggil-manggil untuk mandi hehehe

Selepas check-out kami menunggu MyBas di tepi jalan.Menurut pakcik menjual cendol gula anau itu bas yang lalu di sini memang destinasinya ke perhentian bas Port Dickson.Tambang hanya RM2.20.Jadi kami dapat berjimat daripada sewa Grab Car.
MyBas ini memang banyak.Cuma kena tahan di perhentian bas barulah ia berhenti.Kalau sembarangan tahan memang tidak berhenti.



Perbelanjaan keseluruhan dari belanja tambang,makan,hotel,BBQ lebih kurang RM120 seorang.Ok kan?Nak jimat lagi,sila gunakan bas sahaja.:)
Bye PD see you next trip!

6 comments:

  1. menarik..next vocation??

    ReplyDelete
  2. Wahh.. Baru terfikir nak ke PD dgn kawan-kawan serumah hehe. Thanks for the info!

    ReplyDelete
  3. tiket bas tu kene beli awal2 ke or beli kat situ je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli kat situ terus je..yang penting bas bergerak 1 jam,1 jam

      Delete

Note: only a member of this blog may post a comment.

Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...