Entahlah kenapa pada mulanya saja aku rasa tenang duduk bilik sewa di luar. Kemudian bila datang rakan sebilik lain aku dah rasa kurang selesa sikit. 

Biasanya aku akan datang belah pagi selepas semua keluar bekerja. Aku akan qada solat , zikir dan baca doa melalui buku. Aku cuma nak mantapkan rohani aku yang dah terbarai akibat banyak dosa dan lalai.

Bila petang aku akan balik dan pergi kerja. Malamnya aku tidur di rumah keluarga. Jadi untuk apa sewa bilik? Nak lari sekejap dari orang. 

Entah kenapa lama-lama jiwa aku rasa kusut dengan bilik ini. Aku rasa "panas" dan serabut. Jiwa aku semakin kacau. Aku ada jumpa paku yang dipasak di penjuru dinding bilik dan bilik air. Aku rasa paku itu digunakan sebagai pendinding rumah agaknya tapi aku rasa panas berhadapan dengan benda ini. Aku rasa benda ni ada khadam penjaga. 

Jujur aku katakan di awal seminggu dua aku tinggal aku rasa lega dapat bilik sendiri dan ruang privasi. Selepas kemunculan roomate aku mula rasa kurang selesa. Perasan Itu biasa bila berkongsi bilik. Sebenarnya budak intern ni baik saja ada adab sopan. Aku nak tekankan perasaan lain macam ni sebenarnya macam "aura panas". Aku jadi cepat emosi susah kawal perasaan. 

Bila aku solat di sini aku akan menangis tersedu-sedu mengadu hal ehwal hati aku pada Allah. Hati aku jadi tak tenteram sangat. Ia juga beri kesan kepada perhubungan aku dengan orang lain. Sampai aku dilabel sebagai orang yang terlalu emosi. Hah??? Aku juga sempat bertekak dengan seseorang hal sewa bilik. Minta tolong duit suruh dia bayar lepas tu dia tak datang pun jumpa aku bagi duit. Mengamuk aku ....aku jadi emosi berlebihan sejak duduk di sini. Pelik. 

Rumah ini ada aura berat bagi aku. Sukar aku terjemahkan maksud. Aku rasa tak selamat dan selesa. Mood aku juga turun naik lebih kepada nak kena depression. Aku jadi meroyan bila datang ke sini. Aku akan telefon semua orang untuk meluahkan perasaan. Masalah menjadi semakin kembang dan melarat. Emosi aku tambah berat lagi celaru.

Aku rasa rugi sewa di sini sebab bukan tiap hari aku datang. Aku banyak duduk rumah keluarga sebab senang nak memasak, makan dan cuci baju. Ada kalanya aku tak datang bilik sewa ini 4 hari. Lagipun aku rasa tak berapa selesa kongsi bilik. Aku nak tidur terkangkang pun segan. Budak roomatte aku sebenarnya ok je. 

Disebabkan aku rasa beban nak bayar sewa tambahan lagi ada komitmen bil postpaid telefon maka aku beritahu tuan rumah aku nak keluar. Aku beritahu awal dua bulan sebelum. Jadi aku duduk di sini cuma 2 bulan 14 hari.

Yang ajaibnya awal bulan 10 aku dah official keluar. Aku rasa emosi aku macam ok sikit. Aku minum air zam zam di rumah makcik kawasan rumah semasa melawat dia balik dari mekah. Aku niat agar Allah tenangkan hati aku dan buang segala yang tak elok pada aku. Esoknya aku rasa tenteram. 

Aku rasa memang ada benda ganggu emosi dan fikiran aku semasa duduk di bilik sewa sana. Aku jadi panas sentiasa. 

Entah-entah paku itu ada khatam? 



Comments

Popular Posts