Tak salah pun rindu kenangan lama yang manis di fikiran dan hati.
Aku terjumpa gambar bersama kawan-kawan di Genting Highlands tahun 2010 dulu.
*gambar terpaksa di edit atas dasar peribadi.
Ya Allah betapa rindunya aku dengan kenangan ini sedar tak sedar dah 15 tahun berlalu. Cepatnya masa berjalan tahun demi tahun.
Pakaian dalam gambar ini masih disimpan di dalam rumah. Masih elok dan sayang nak buang.
Orang-orang dalam gambar ini mungkin sudah berbeza sikapnya sekarang. Aku tak mahu ambil tahu lagi setelah mereka sendiri tak ambil tahu keadaan diri aku.
Aku cuma rindukan saat bercuti di Genting dahulu. Seolah-olah masih terasa baru lagi kenangan itu. Masih hangat. Kalau aku boleh ulang saat ini memang aku nak berada di usia begini sampai bila-bila. Aku tak nak berganjak ke depan. Aku nak persahabatan kita kekal begini. Banyak kenangan manis gelak ketawa suka duka bersama. Ketika ini kawan la segalanya.
Kehidupan yang dulu memang seronok.Masa tu keluarga tolak tepi. Zaman belum matang mengenal kaca dan permata.
Rasa pahit di dada bila teringat kawan-kawan lama.Ada yang mengkhianati dalam diam. Aku jadi trauma nak berkawan.

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.