Monday, 16 February 2026

Bercermatlah dengan makanan syubhah

 Bercermatlah bab makanan yang masuk ke perut yang jadi darah daging. Asbab makanan syubhah dan haram kita terhalang dari beribadah. 

Rasa letih untuk buat ibadah tapi tengok tv,handphone rasa sekejap sahaja masa. Bila nak baca Al Quran tak sanggup. 

Jika jenis sedikit makan di luar, peluang termakan benda syubhah atau haram itu kurang.Jika yang jenis semua kedai viral dan semua menu hendak cuba maka peluang terkena yang syubhah dan haram menjadi sangat tinggi. 

Ramai sekarang influencer melayu buat review makan di kedai bukan islam siap menjual minuman arak lagi. Tukang masak sendiri bukan islam yang tak tahu halal suci toyyiban. Asal tiada babi itu sudah halal bagi mereka. Entah apa nak jadi. Selepas itu berduyun-duyun melayu lain masuk makan selepas kedai mendapat review. Lansung tak peduli asalkan perut terisi. 

Yang dijamin syurga 90% para sahabat adalah dari mereka yang cermat dalam memilih makanan yang halal dan suci. 

-kredit Farina Qistina Kamal-

Seeloknya masak sendiri di rumah. Paksu Mid wali orang Kedah juga pernah pesan agar lebih baik makan di rumah. Makan nasi,sayur dan telur sahaja. 

Boleh jadi ayam dari sumber yang tak disembelih. Daging dari import luar negara entah daging apa dari mana. Perasa makanan dalam botol,paket entah dari sumber apa.

Sedih sekarang lihat bukan islam menunggang umat Islam terutamanya wanita berhijab untuk review kedai dan makanan mereka. Wanita hijab itu penting sekali untuk represent soal halal. Walhal tidak tentu lagi halal. Mereka meremehkan soal makanan syubhah dan haram. 

Jangan biasakan beli produk bukan islam. Beli kek dan roti di kedai cina. Mereka tidak tahu halal haram toyyiban. Jangan ambil mudah isu makanan yang masuk ke perut kerana ia beri kesan kepada perhubungan dengan Allah. 

Pesan pada diri sendiri juga. 


Istidraj

 


Allah kurniakan seseorang itu Istidraj.Bilamana walaupun berbuat jahat dan murka tetapi rezeki terus mengalir deras.Makin senang makin kaya.Dia tidak dibalas pun perbuatan jahatnya atas dunia. 

Allah sengaja menambah rezeki para pendosa itu agar dia terus hidup dalam kekufuran tanpa naungan perlindungan Allah serta hanyut dan lalai lalu mati dalam keadaan berdosa. 


 Setakat dunia ini Allah boleh beri saja  kepada orang kafir kerana dunia ini tiada nilai di sisi Allah. Sifat ar razak ini Allah kurniakan kepada semua orang termasuk kafir. 

Tetapi sedikit sahaja Allah beri nikmat menuju jalan lurus.Ia termasuk dalam sifat ar rahman (maha pengasih).

Kalau hendak diukur nikmat dunia atau nikmat takwa mana lebih besar? Dunia ini tiada nilai di sisi Allah; ibarat sebelah sayap nyamuk saja bagi Allah.

Jangan ukur nilai material dan iman. 

Sebab itulah ramai di kalangan orang islam sendiri,berbuat maksiat dan perkara mungkar sana sini tapi makin berjaya dalam hidup. Sehingga dia merasa kekayaannya tiada hubungkait dengan balasan Allah. Dia juga memandang kekayaannya dan kejayaannya datang dari usahanya sendiri semata-mata. Dalam masa yang sama terus hidup dalam kelalaian dan kemungkaran tanpa takutkan hukuman Allah. Di sini mereka telah tertipu oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan. 

Maaf sekadar menyebut contoh. Lihatlah golongan artis-artis yang nyata bermaksiat kepada allah tetapi rezeki terus mengalir. Dia sangkakan kerja yang dia dapati itu adalah rezeki dari Allah padahal itu maksiat. 

Lihatlah juga para influencer di media sosial yang menjual diri dengan kandungan tidak bermanfaat dan maksiat. Rezeki mereka berjalan lancar malah makin bertambah. 

Orang yang beribadah pula rezekinya tahap begitu sahaja. Dari situ iman kita diuji dalam melihat skop dunia ini. 

Ingatlah kita orang Islam masih ada akhirat untuk dikejar. Dunia ini bersifat sementara dan akan musnah. Akhirat juga kekal abadi. 

Thursday, 5 February 2026

 Dapat berzikir mengingati Allah dengan hati khusyuk itu satu nikmat yang sangat besar. Lebih bahagia dari memiliki harta yang banyak.

Macam mana nak huraikan perasaan indah nikmat bahagia dengan Allah itu ya? Hanya yang telah melalui akan faham.Hanya ahli zikir akan faham.

Aku masih merangkak lagi untuk berzikir kerana sudah untuk konsisten berterusan. Hawa nafsu dan syaitan terlalu bingit kiri kanan depan belakang menggoda manusia jadi lalai. Telefon pintar juga punca utama manusia dipermainkan dengan kelalaian yang menipu.

Baru niat nak buat amal ibadat tiba-tiba sesat di WhatsApp kemudian masuk Tik Tok, Shoppe, FB, Instagram dan macam-macam godaan dunia. Akhirnya zikir entah ke mana solat pun hanyut dibawa waktu yang sia-sia. Tipulah kalau takde orang yang alami situasi ini.

Kita semua dah dipermainkan oleh syaitan.
Banyak dosa-dosa kita membaca isu-isu semasa di media sosial lebih-lebih lagi tentang keburukan aib orang. Yang komen teruk dan mengutuk orang dalam tu semua tak ingat nak mati. Kita pula jadi tukang tambah dan sambung.

Ingatlah wahai jari-jari yang menulis itu mewakili kata-kata anda. Semuanya akan menjadi saksi di akhirat kelak. Ada azab menanti untuk membaham batang tubuh anda.

Energy hitam juga banyak disebarkan dalam media sosial untuk melemahkan spiritual orang selepas membaca. Halus sangat sihir teknologi .

Aku dah alami sebab tu aku tahu betapa hitamnya dunia media sosial. Sihir selalu dilepaskan dalam telefon.


Thursday, 15 January 2026

Allah Hu

 Hari ini masuk 15 Januari 2026.Sekejap sahaja sudah 15 hari berlalu.

Apa khabar diriku?Hmm..aku mula berubah sedikit iaitu paksa diri untuk berzikir.Aku mula dengar zikir tarekat.Zikir biasa yang berirama pilu tu kadang buat aku mengantuk.Zikir tarekat beramai-ramai ni nada suara mereka lebih bersemangat di pendengaranku.


*Ini logo Tarekat Naqsyabandiah .Cara kumpulan mereka berzikir serasi denganku.Boleh dikatakan perlahan-lahan berbekas dalam hati.Aku dah berapa kali ikuti dari video 45minit.

Aku mula banyakkan dengar kuliah tasawuf bab hati.Aku suka dengar ceramah sempoi Tuan Guru Syeikh Abdul Rahman bin Jaafar.Beliau adalah orang Melaka.Guru beliau pula Syeikh Dr Jahid Sidek pengasas Tarekat Naqsyabandiah al Khalidiah di Negeri Sembilan.

Zikirlah sebanyak mungkin kalimah Allah. Biar kalimah Allah tertanam di rohani dan badan kita.Syaitan pun payah ganggu.

Aku faham bahasa yang tuan guru sampaikan sebab sebelum ini aku pernah berada di line tauhid.

Ada 1 kata-kata Tuan Guru ini;

Hati yang di ikat dengan makhluk akan dibalakan dengan rasa takut ini takut itu.

Lagi satu kita kena mohon agar Allah tarik qalbi(hati) kita kepada Allah.Berdoa sungguh2 di tengah malam agar Allah beri jazbah kepada diri kita yang daif dan hina ini.


Friday, 2 January 2026

 Kesunyian dan kesepian ini bukanlah sati kesalahan tapi dari situ kita belajar merenung diri.Satu masa nanti kita juga akan ditinggalkan bersendirian dalam kubur apabila jasad terpisah dari roh.Belajarlah selalu bersendirian atas muka bumi ini agar kurang sakit apabila ditinggalkan dan bersedialah menuju alam barzah.Alam barzah itu kata tuan guru ku lebih membahagiakan berbanding dunia yang memenatkan.

Dikelilingi manusia membuatku rasa bingit.Bingit.Aku ulang lagi sekali,bingit!

Aku bencikan situasi bingit itu.Penat.Kalau nak hurai penat jenis apa pasti panjang lebar tak habis karang.

Penat berada di kalangan manusia kehaiwanan dan kesyaitanan.Menambah dosa dan seksa.

Hidup aku dah berubah 360 darjah sejak kehadiran itu dan ini.Kalau boleh aku ulang waktu aku mahukan kembali zaman ketika remaja dulu.Tak fikir masa depan yang membimbangkan.Hanya tahu ke sekolah menimba ilmu walaupun bukanlah seronok mana pun.

Sebab tu aku kata masuk ke alam barzah itu seronok jika amal kita cukup dan lulus di sisi Allah.Kita tidak lagi sakit seperti di dunia.Segala derita tamat.

Sesiapa pun takut kematian.Berdoalah mati husnul khotimah.


Bercermatlah dengan makanan syubhah

 Bercermatlah bab makanan yang masuk ke perut yang jadi darah daging. Asbab makanan syubhah dan haram kita terhalang dari beribadah.  Rasa l...