Cuaca in indah langit cerah.
Monday, 31 March 2025
Sungai Lubuk Jong
Hari Raya Aidilfitri 2025 yang sepi tanpa makna
Setiap tahun pasti menjelma hari raya bagi umat Islam selagi kita masih bernyawa.
Begitu juga dengan aku.Syukur kepada Allah kerana masih memberi peluang menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.Dalam hati sebenarnya aku tidak rela berpisah dengan bulan Ramadhan.Sangat rindu.Belum puas bermanja bermesra dengan Ramadhan kini sepantas kilat telah berakhir.Bulan Ramadhan itu terasa rahmatnya sepanjang hari.Rasa bahagia dalam hati dan akal.Rasa disayangi oleh Allah barangkali.Sukar aku gambarkan perasaan gembira pada Ramadan.
Sejujurnya aku rasa biasa biasa sahaja di hari raya.Rasa kosong cuma yang membezakan hanya berbaju raya.Saudara mara ada datang berkunjung dan makan juadah tapi entahlah.Aku rindu arwah datuk dan nenek yang sudah berbelas tahun meninggal dunia.Sebenarnya balik kampung ni yang jadi seri jika adanya orang lama.Aku juga rimas bila berada di keramaian.(Tak perlu sebut sebab musabab). Perjalanan kerohanian aku mungkin sudah menukar persepsi tentang hidup.Mungkinlah.
Makin meningkat usia makin terasa Generasi muda di kampung juga makin berubah sikapnya iaitu asyik dengan gajet.Mereka kurang/tidak peduli dengan saudara yang lebih tua.Mereka ada di rumah kita tapi hanyut dengan dunia siber.
Berbeza dengan zaman kanak-kanak dulu dan remaja.Seronok lain macam sambut raya.Ya lah sebab belum fikir masalah hidup.Jadi kanak-kanak ini menyeronokkan dan lebih bermakna erti hidup.
Ada sedikit pergeseran dari segi tutur kata seseorang di pagi raya selesai solat sunat Aidilfitri.Memang hati aku terasa sikit dan aku bawa diri ke dalam hutan kecil hampir sejam.
Sejujurnya HATI INI RASA KOSONG DAN TAK ADA MAKNA RAYA .
Walaupun aku berada di keramaian jiwaku bagaikan mati rasa. Aku hilang diriku sendiri.Terasa seperti nak larikan diri menyorok di mana-mana tanpa manusia lain.
Selamat Hari Buruh 2025
Pukul 12.30 tengah hari. Hari ini hari buruh.Hari cuti buat semua pekerja.Hari untuk istirehat dan beriadah bersama keluarga atau me time. ...

-
Teluk Dalam Resort secara rasminya telah terbengkalai dan ditutup pada tahun 2015 kerana masalah pengurusan dan kewangan.Jadi blog saya ak...
-
Lagu yang paling tenang, menyentuh hati,tidak jemu ulang berulang kali dan dapat menjadi ubat hati di kala hati ini sakit dengan perkara du...
-
Persahabatan adalah hadiah paling hebat dalam hidup.Persahabatan sebenar ialah saling faham dan memahami antara dua jiwa.Persahabatan juga...