20 Feb 2025
Tiada tempat yang terindah di bandar Kuala Lumpur selain beriadah menatap alunan air tasik di Taman Tasik Titiwangsa KL.
Sudah sekian lama aku tidak healing di sini.Maklumlah sibuk bekerja dan ke sana sini.Seingat aku ke sini pada;
September 2020
Jun 2021
July 2022
Amat jarang ke sini sebab tak suka bila hari minggu sangat ramai pengunjung bagaikan ada pesta.Aku suka tenang-tenang less crowd.
🌲🌳🌲🌳🌲🌳🌲🌳
Pagi khamis ini hati tiba-tiba terdetik nak ambil angin di tempat semulajadi taman tasik.Alhamdulillah sampai di sini jam 11.30am.
Indahnya suasana alam ciptaan Tuhan Alam Semesta.Aku disambut dengan deruan angin tasik yang bertiup lembut.Sejuk dan damai rasa seperti diraikan.
(Aku menulis blog betul-betul di atas rumput menghadap air tasik sekarang ini)
Sejujurnya aku amat merindui tempat epik bersejarah ini.Nun jauh di sana kelihatan bukit-bukau menandakan lokasi Genting Highlands di puncak bukit.Sebagai anak yang membesar di bandar KL taman tasik ini rasa dekat di hatiku.
Sekitar tahun 60an dahulu kawasan ini adalah tapak perlombongan bijih timah yang dilakukukan oleh pendatang cina.Lama kelamaan bila dibiarkan terbentuk menjadi tasik yang luas.Ini cerita cikgu sekolah rendah aku pada tahun 90an.
Jom kita jalan lagi ke depan.Ada pancuran air terjun di tengah tasik.Banyak kenangan aku di sini dari zaman kanak-kanak,sekolah menengah dan sewaktu habis sekolah.
Pokok buluh cina ini sudah berusia puluhan tahun.Aku takkan lupa lokasi di sini tempat aku dan kawan-kawan rapat sekolah dulu melepak.Konon nak buat study group bawah pokok hahaha.Dulu ada bangku batu dan pondok kecil di sini.Suasana hening ditemani angin dari pokok.Sekarang sudah jadi dataran batu.Mujurlah pokok buluh cina ini tidak ditebang.Ada juga point kenangan. 😄😄👍🌳
Seronok sangat di sini me time healing
Aku sukakan alam semulajadi,tempat redup untuk dinikmati dan hirup udara oksigen pokok.Bila duduk di atas rumput,mata pandang langit biru yang luas terbentang rasa hilang semua duka.Rasa diri kerdil berbanding besarnya alam yang dicipta.
Kalau pergi dengan kawan tentu aku tidak setenang sekarang.Berkawan hanya akan memekakkan telinga menambah dosa bicara.Datang ke tempat healing sekalipun jadi kusut once kawan buka mulut.Kadangkala harus bersendirian untuk KENALI DIRI.Bila kita rasa tenang ketika sendirian itu bermakna itulah diri sebenar kita.
Suasana panas terik kulit terasa perit.Satu kedai minuman pun tak jumpa selepas pusing satu tasik.Dulu-dulu 10 tahun lepas ada tempat-tempat jual air,buah potong.Lepas pandemik covid tidak dibenarkan meniaga lagi.
Masuk ke kawasan taman tema air kanak-kanak pun tiada gerai jual minuman.Kenapa banyak pokok bunga dah mati?Semua seperti ditanam baru semula.Tahun 2021 aku ke sini semua bunga kembang cantik.Taman tasik sekarang macam tak terurus sangat.
Aku ingat nak naik jambatan banjaran titiwangsa.Entah kenapa hatiku rasa tak sedap.Aku cuba naik separuh dan terbaca notis ada binatang berbisa ular besar.Weh seram lah.Aku tak jadi teruskan.Memang jambatan tu penuh semak samun.Pokok di bawah sudah tumbuh melebar.Nasiblah tahun 2020 dulu waktu taman baru siap di renovate aku sempat merasa naik jambatan ini dan ada gambar kenangan.Memang view cantik boleh nampak banjaran titiwangsa dari atas.
Dahulu kala banyak pokok besar dan berdaun rendang.Sekarang pokok baru dan kawasan jadi lapang dan terang.
Terowong besi yang dililit pokok bunga itu pun dah tak wujud.Ingat lagi sekitar tahun 2003 kot ada iklan chewing gum di situ.Kenapalah semua dbkl musnahkan ya.Taman dulu punya elok.
*Panjat anak tebing bukit dan duduk bawah pokok lalu tangkap gambar padang bola.Tenang sungguh lihat pemandangan hijau.Ada dua orang pekerja mesin rumput
Pintu masuk belakang tasik tepi sekolah asrama Puteri Titiwangsa ini juga tiada lagi peniaga menjual makanan.Memang dbkl tak benarkan.
Jam 4.10 petang aku berjalan keluar perlahan-lahan untuk pulang.Risau lewat nanti jalan jem.
Semakin banyak bangunan kondominium naik hingga merosakkan view tasik.Nun jauh di puncak bukit sana nampak Genting Highlands.
Seronok pula trip berjalan di tasik hari ini.Ceria hatiku dan rasa bersyukur sekali.