Menghadiri di majlis ilmu seperti berada di taman-taman syurga.Banyak malaikat yang datang.
Aku rindu.Sejujurnya inilah yang aku telah lama rindukan.Dulu tahun 2017 dan awal tahun 2018 aku ada lah beberapa kali hadiri majlis ilmu.Aku nampak jelas wajah guru seperti Habib Ali Zaenal Hamid,Ustaz Iqbal Zain dan aku pernah nampak depan mata Habib Umar al Hafiz datang di majlis selawat di Masjid Ulu Klang.Dia berdiri di dalam kawasan khemah tempat meja makan.Aku cuma berdiri di pinggir.Segan.
Ke manakah aku pergi pada pertengahan 2018-2019?Aku sibuk dan terlalu sibuk dengan urusan dunia hingga menghanyutkan aku.Sekejap saja kan Tuhan bolak balikkan hati.
2020 -2021 zaman covid aku tahu semua kuliah dalam masjid/surau tidak dibenarkan.2022 adalah sekali hadiri majlis ilmu suai kenal dengan guru.Aku mencuba-cuba cari jalan keredhaanNya.2023 ada sekali hadiri majlis maulid nabi dengan ahli.
Selebihnya hanya dengar kuliah dalam virtual sahaja tapi tidak senikmat menghadiri secara fizikal di majlis ilmu.Lain auranya kerana boleh rasa aura ketenangan lain macam.
Hujung tahun 2024 hati ini tergerak merindui kuliah Habib Ali Zaenal Hamid yang sentiasa ada setiap jumaat di masjid Muaz bin Jabbal kawasan Setiawangsa KL.
Aku gerakkan hati pergi awal tahun baru.Ada majlis selawat nabi sempena menyambut awal bulan Rejab kebetulan sama tarikh dengan tahun baru.
Ramai orang penuh masjid.Seronok sangat aku diterpa rasa bahagia.Tak pernah aku rasa sebahagia ini setelah 7 tahun tinggalkan majlis ilmu.Sekejap saja berlalu kan.
Aku lihat para wanita di masjid rata-rata memakai jubah hitam dan purdah.Aku hany sarungkan telekung solat.Sudah tentu mereka ini anak murid Habib yang konsisten hadiri kelas Jumaat.Siap ada buku nota dan buku kitab.
Duduk dalam masjid dengar suara Habib beri kuliah dah automatik rasa tenang.Rasa nyaman dan damai bila di rumah Allah.Di kelilingi pula orang baik-baik dan bagus amal ibadahnya.
Selama ini aku keluar masuk ke shopping mall dengan harapan cari tenang malah tak tenang pun.Cuma rasa kepuasan berjalan dan akhirnya penat membuang waktu sia-sia.Kenapalah aku tak terfikir ke rumah Allah.Itulah manusia selalu ditipu hawa nafsu dan bisikan syaitan agar putus asa jauh dari rahmat Allah.
Ya Allah....bahagia hati ini tiada yang lebih indah membahagiakan rohani kecuali bergaul dengan orang soleh sejati.