Saturday, 15 July 2023

Rindu zaman ceria

 Sudah sekian lama aku tidak membuka blog dan menulis secebis cerita.Sejak aku sibuk bekerja pergi tengahari pulang tengah malam tubuhku terlalu letih untuk mengarang blog.Sebenarnya banyak cerita dan idea terlintas dalam fikiran tetapi kerana kekangan masa maka aku tidak jadi menulis blog.

Banyak cerita yang dilalui dalam hidupku sepanjang tahun lalu selepas hari raya.Aku benar-benar terkesan dan jadi trauma.Ambil masa untuk gagahkan diri bangkit semula perlahan-lahan selepas jatuh tersungkur.Tersungkur ya bukan terduduk.

Banyak yang ingin diluahkan namun belum ada peluang.

Aku rindu hendak membaca buku di perpustakaan seperti dulu-dulu.Masih aku ingat lagi betapa gigih dan kuatnya aku jalan kaki jauh ke perpustakaan.Balik rumah pula membimbit satu plastik besar buku pinjaman.Berat tapi sebab nak baca relakan juga angkut.Rindu semua kenangan.Membaca itu satu terapi minda.Ternyata aku gembira selepas membaca.Memang hobiku membaca buku novel genre seram,kisah semasa,kisah zaman dulu.Aku tak suka novel romantik kerana merimaskan dan aku tak suka terbawa emosi.

Aku rindu zaman aku yang dulu bukan zaman kini.Zaman dulu aku selalu ceria bergelak ketawa tanpa fikir masalah.Sekarang setiap hari masalah menghantui benakku dan jadikan aku overthinking serabut sendiri.Bolehkah aku ulang semula kenangan lama yang menyenangkan hati itu?Tentu tidak.Ia sudah jadi kenangan mana mungkin diulang kembali.Kalau ada alat perentas masa doraemon bolehlah.Benar kata orang,zaman kecil jatuh sebab luka zaman sekarang yang luka bukan kaki tapi hati.

Kalau boleh kembali aku ingin sekali kembali di zaman tahun 2000,2003,2005,2006,2007.Tahun berikutnya aku mula bersedih bila kenal dengan orang salah.Seluruh hidupku jahanam dibawa luka lara.



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...