Tuesday, 10 May 2022

Sambutan hari raya 2022

 Bulan ramadan al-mubarak tahun 2022 telah berlalu pergi meninggalkan kita baru-baru ini.Aku baru ada masa menulis blog di kala ini.Ramadan lalu aku sibuk bekerja,terkejar-kejar bersiap tak sempat membuka laptop.Sungguh aku rindu saat bulan ramadan yang telah pergi.Syukur kepada Ilahi aku dapat menjalani ibadah puasa tanpa halangan/uzur tahun ini.Tak rasa lapar keterlaluan dan rasa biasa sahaja tubuhku

Berbanding tahun lalu 2021 aku dilanda sakit yang melemahkan seluruh anggota tubuh.Paling tak tahan ialah terkena sakit gastrik/angin medu yang tak pernah terjadi dalam hidup.Bercampur pula dengan sakit yang telah sedia ada malah bertambah teruk.Itu semua kesan daripada virus cobid.Macam mana aku nak puasa kalau perut sakit bagai dihiris sembilu tajam.Pukul 2-3 petang aku mula tak tahan dan terpaksa berbuka walau dengan segelas air manis.

Tahun ini urusan aku dipermudahkan syukur sekali.Mungkin Tuhan tahu telah banyak derita kesengsaraan yang aku lalui maka Dia ringankan bebanan aku.Disebabkan aku bekerja hingga lewat malam aku tak ada kesempatan menunaikan solat sunat terawih di surau.Hari pertama puasa ada lah aku solat terawih di rumah 4 rakaat.Bukan tak ada masa tapi aku yang tak bijak mengurus masa.Aku ada juga membaca al-Quran 1-2 helai sehari sepanjang ramadan.Rasa tenang,rasa ada rahmat mencurah-curah turun sepanjang bulan mulia ini.Berbeza perasaan itu kalau nak dibanding dengan bulan-bulan biasa.Kalau boleh aku sentiasa inginkan bulan ramadan sepanjang masa sebab nikmatnya melalui bulan ramadan ini sukar untuk diungkapkan.Walaupun amal ibadatku tidaklah seberapa tapi ketenangan berada di bulan mulia ini buat hatiku rasa tenang dan damai.Syaitan dan iblis musuh manusia juga turut dirantai.Energi jahat/negatif itu tiada.Kalau ada pun manusia yang berbuat kejahatan itu adalah sumber dari hawa nafsu sendiri.Sebagai manusia yang penuh dengan dosa dan kesilapan,aku amat rindukan bulan ramadan muncul semula.Entah ada kesempatan atau tidak menempuh bulan ramadan di tahun hadapan.

Sebaik sahaja tiba penghujung ramadan aku merasa sedih kerana ramadan akan meninggalkan kita semua.Kalau boleh aku tak mahu bulan ramadan berlalu pergi.Perginya bulan yang penuh rahmat ini bagaikan satu kerugian besar,nikmat kemuliaan itu seolah ditarik semula.Kemungkaran akan kembali bermaharajalela bermula hari raya pertama.2 minggu sebelum hari raya pun lautan manusia yang dahagakan persiapan raya memenuhi semua pusat membeli-belah,bazzar dan segenap ceruk tempat.Bila menjelang hari raya maka semakin bertambah kunjungan beramai-ramai menyerbu tempat jualan baju raya,kuih raya,apa saja tempat untuk curahkan wang.Tak salah pun memakai baju baru kerana itu adalah sunat kerana islam menggalakkan umatnya berhias tampil bersih sempena meraikan hari raya.Tapi kebanyakannya membeli secara berlebihan sehingga 5 pasang baju dan itu belum lagi barangan lain seperti langsir baru,perabut baru dan sebagainya.

Bagi para wanita pula cukup pakej baju raya berpasang-pasang dengan barangan kemas,mekap,tudong,kasut,beg tangan dan seangkatan dengannya.Tahun ini gelombang raya bagaikan ombak tsunami memukul pantai.Maklumlah sudah 2 tahun terikat dengan SOP lantaran pandemik melanda dunia.Tahun ini bila kerajaan umumkan endemik,tiada lagi sekatan jalan raya maka berbondong-bondong manusia bagaikan keluar dari kepompong terbang bebas memenuhi segenap kawasan.Ingin membalas dendam barangkali kerana 2 tahun sudah hari raya tidak dapat pulang ke kampung,tidak dapat shopping dengan bebas.

Aku pula bagaimana rasa teruja ke nak sambut raya?Aku hanya rasa biasa-biasa saja.Aku tak rasa pun aku layak meraikan kemenangan berpuasa dengan menyambut hari raya.Aku ni banyak dosa,dalam hati ini tertanya-tanya adakah Tuhan sudah ampunkan dosa-dosa aku?Pernah terbaca satu quote para alim,katanya orang yang layak menyambut hari raya ialah orang yang sudah diampunkan oleh Allah dan terbebas dari api neraka.

Terus terasa kerdil,hina dan rendah diri ini.Sedangkan di bulan puasa pun kita masih bermaksiat kepada Allah.Perut saja menahan lapar dan dahaga tetapi adakah lisan kita dijaga rapi?Pasti ada termengata dan termengumpat orang tanpa sedar.Hati?Adakah hati kita juga berpuasa?Sedangkan hati kita juga banyak bersangka buruk,merungut tentang orang lain.Akal kita juga sama,kadang akal kita banyak melencong ke arah tidak baik,berfikir buruk dan sebagainya.Hakikat puasa kita belum lulus 100% hingga melayakkan kita menyambut hari raya bukan?Masih banyak perlu muhasabah diri dan membaiki diri.

Raya tahun ini aku hanya memakai baju lama sempena hari raya.Baju masih elok dan baru.Itu pun sudah cukup buat aku gembira.Keluarga rancang balik ke kampung beberapa hari sebelum raya tapi keadaan trafik begitu sesak sebab tahun ini 2 juta kereta diramal pulang ke pantai timur lalu tol Gombak.Haru-birulah menghadap jalan jem dengan puasanya lagi aku tak sanggup.Kami rancang balik sehari sebelum raya.Rupa-rupanya malam Ahad itu sudah diumumkan esok hari raya.Terkejut beruk semua orang,ingatkan raya jatuh hari Selasa.

Lepas berbuka tu terus kemas baju dan balik kampung.Nasib baik sempat melepasi tol Gombak.Buka peta,jalan jadi merah dah petanda jem kawasan MMR2 ke Gombak.Aduhai...Manusia semua sibuk teruja nak sambut raya di kampung.Tak sabar berjumpa ibu ayah,kaum keluarga dan sanak saudara.Semua orang balik secara mengejut.Kepada yang rancang nak bertolak esok pagi tu terpaksa balik malam ini juga sebab esok dah raya beb!Sayu saja rasa hati ini mengenangkan bulan ramadan akan berlalu pergi dan hari ini hari terakhir puasa.Tertanya-tanya dalam diri adakah selepas ini rahmat dan keberkatan bulan mulia ini masih tersisa untukku yang penuh dosa ini.Aku bertasbih dan bertahmid mengucap istigfar 700x sepanjang perjalanan pulang ke kampung dengan harapan dosa-dosaku diampunkan sepanjang hidup ini.Dalam masa yang sama aku terkenang semula saat-saat dahulu ketika balik kampung.Kenangan zaman kanak-kanak hinggalah dewasa.

Dalam perjalanan,radio memutarkan lagu-lagu raya bergema menghiasi malam raya.Lagu-lagu raya lama lebih menggamit memori berbanding lagu raya baru yang entah apa-apa.Aku dengar pun rasa menanah telinga.Alangkah baiknya jika hari terakhir puasa ini dihiasi dengan dendangan bacaan ayat suci al-Quran serta zikir memuji Allah Yang Esa.Tak dapat aku bayangkan andai mati kemalangan jalan raya dalam keadaan leka mendengar lagu raya yang lagha (sia-sia).Aku masih dalam mood baik/bersih sebab itu aku tak gemarkan hiburan sia-sia begini.Tapi apakah daya bukan aku yang memandu kereta,jadi channel radio bukan dalam kawalanku.Kusut aku dibuatnya dengar lagu-lagu begini.

Kami balik ikut jalan lama yang tak ramai orang lalu bukan jalan biasa.Tenang saja melewati suasana bukit,kampung,selekoh jalan,hutan yang lenggang tanpa kesibukan.Energi alam itu memang menenangkan jiwa.Berbeza dengan bandar besar yang penuh energi "hitam".Syukur dipermudahkan dapat sampai sebelum subuh,5.30 pagi.Badan masing-masing lesu hingga tertidur sampai tak bangun solat sunat Aidillfitri.Bangun 10 pagi terus mandi dan bermaafan.Pukul 12 tengahari pergi beraya.Suasana kampung panas terik.Berpeluh-peluh meniti waktu tengahari yang hangat.

Hari raya pertama berkunjung 5 buah rumah sahaja itupun sampai sendat perut makan juadah raya.Apa-apa pun syukur kepada Nya memberi nikmat rezeki keamanan,keselamatan,kesihatan dan makanan yang cukup.Kalau tanya aku adakah seronok sangat beraya di kampung,jawapan aku bolehlah sebab suasana kampung itu yang seronok sebenarnya .Ada pokok-pokok,nampak sawah padi,tanah lapang.Kerinduan dan ingatan kepada keluarga kita boleh terubat bila balik kampung kan..Nak kata meriah sangat dengan kunjungan riuh-rendah saudara-mara itu tidaklah.Kami juga bukan berbaju raya ikut warna tema dan bergambar beramai-ramai depan tangga rumah.Oh tidakkk

Cerita pasal balik beraya di kampung,banyak duit raya habis disedekahkan buat sanak-saudara.Bukan rm10 tapi rm50 ke atas.Duit macam duit daun dah main bagi.Nasib bukan aku yang keluar duit,sebab aku pun baru bekerja gaji celah gigi sahaja.Keluarga aku ni pemurah dengan orang tapi dengan aku sendiri 1 sen duit raya pun tak ada..sedihhhh 

Ini aku sudah kembali pulang ke bandar.Tiada lagi rasa rahmat berada di bulan ramadan.Aura hitam dan jahat kembali berkuasa menebar seluruh alam...

Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...