Hari ini berkunjung ke nurseri bunga di Taman Melati.Panas betul hari ni.Keluar dari rumah 1.20pm matahari tengah terpacak atas kepala.Aku mula berpeluh kepanasan dalam kereta tunggu lampu trafik hijau di simpang 4 jalan menuju Setapak Central tu.
Sampai di sini baru rasa redup sedikit suasana kedai bunga yang dilitupi kanopi.Banyak pokok aglaonema di sini dengan pelbagai warna.Sejuk mata memandang.Orang yang duduk rumah atas tanah dapatlah menanam.Yang duduk rumah atas awan pun boleh juga beli yang pasu kecil sebagai hiasan.Boleh letak di beranda/depan pintu rumah.
Aku memang peminat bunga dan tumbuhan cuma tidak kesampaian untuk menanam.Kali ini jom kita tengok-tengok.Sejuk mata jika melihat kehijauan.Jadi marilah menanam pokok.
*Tips kalau datang waktu cuaca panas terik janganlah pakai baju tak serap peluh,nanti berkipas hang sebab panas berpeluh.Pakai baju kain cotton sahaja ok
Chinese aglaonema.Cantik kan berbintik pink hijau
Spesis aglaonema ini senang dijaga,cuma siram 3x seminggu.Untuk suburkan tanah dan pokok boleh beli baja tambahan.Harga seguni besar lebih kurang RM 11 sahaja.Balik rumah boleh campurkan ke dalam pasu.Bila pokok sudah lebat boleh tukar kepada pasu besar pula
Pelbagai bunga dan pokok ada di sini.Saiz nursery agak luas hingga ke belakang.Anda boleh pilih bunga dengan senang hati.Pasu bunga,kerusi kayu untuk taman,cenderahati juga dijual.Kipas angin pun ada.Suruh saja pekerja situ bukakan.
Kucing hitam tiruan terjuntai di atas papan dengan mata biru.Terkejut ceq
Tak ramai pun pengunjung jadi senang hati boleh pusing-pusing tengok.
Bunga orkid RM28 sepohon.Lawanya tapi kena ada penjagaan khusus
Hari ini berhabis RM 80 untuk pokok aglaonema 4 spesis hehe.Sepasu kecil RM 20-25 mengikut saiz pokok.Harga bunga dan pokok agak berpatutan dan boleh minta kurang.Cuma harga pokok keladi daun lebar itu RM 400 satu pasu.Mahalnya..disebabkan keladi sedang on demand (dicari) sekarang memang mencanak-canak harga pasaran.Aku tahu...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.