Akhirnya tercapai impianku untuk masuk ke kedai Jalan Jalan Japan di M3 Mall,Taman Melati kali ini setelah sekian lama terkurung dalam rumah angkara cobis.Bosan dah terperap di rumah lama-lama,nak juga belek-belek baju cuci mata yang dah berhabuk ni.Entah kenapa hatiku terbuka nak masuk kedai bundle/preloved.Dua tiga menjak ini aku sukakan barangan vintage seperti beg LV.Rasanya kedai bundle tepi jalan masih belum beroperasi sepenuhnya menurut info.
Sebelum ini tahun 2018 aku pernah masuk ke kedai Jalan Jalan Japan di Setia City Mall,USJ.Walaupun baju nampak menarik tetapi aku tak terbuka hati untuk membelinya.Cawangan sana lebih besar ada 2 tingkat.Sekejap saja masa berlalu kan kini sudah masuk penghujung tahun 2021.4 tahun ke belakang.
Bergambar kenangan di Melawati Mall.(no photo to show)
Member tersalah book grab ke Melawati Mall sepatutnya M3 Mall.Kena cas RM10 di sini.Pemandu pula kerek,asyik membebel saja tentang SOP kereta.Tempah grab car lain untuk ke M3 Mall,cas RM 10 juga.Membazir duit memandangkan kami berdua kerja menanam anggur saja ^_^
Sampai di M3 Mall kami terus menuju ke kedai baju Jalan Jalan Japan.Aku ke rak beg untuk kali pertama.Banyak beg murah bermula dari harga RM 5-RM 35.Aku berkenan dengan satu beg silang berharga RM 15,warna coklat muda dan menarik.Memandangkan aku dah tempah beg bundle dalam online maka aku hentikan keinginanku kerana ingin berjimat.Jimatlah sangat lepas ni habis beli benda lain juga,kakakaka
Uniqlo budak rupanya cuma singkat |
jegging merah rm 5 |