Balasan terburuk untuk orang yang pernah buat keburukan kpd kita ialah dengan kebaikan..Belanja apa yang kita miliki yakni kebaikan,doa yang baik-baik kepada org buat keburukan kepada mereka.
Doakan dia mendapat kasih sayang ALLAH,hati yang bercahaya,dipermudahkan urusannya.
Hati yg positif sentiasa membawa andaian dan sangkaan yang baik-baik.Jikalau ada yang mengata buruk-buruk kepada kita,cuba andaikan yang baik-baik ;mungkin dia tengah stress,terlepas pandang,sedang beremosi
Jangan jadi judgemental kepada org.Kita ada dua pilihan,sama ada untuk bersangka baik atau buruk.Berfikiran positif atau negatif.
Rasulullah jenis suka memilih sesuatu yang mudah,yang tidak membawa kepada meleret-leret serta mudah diselesaikan.
Bebaskan hati kita daripada expect makhluk,jika nak hati tenang jangan jangka apa-apa daripada makhluk.Kita buat baik pada bos kita,buat yg terbaik dengan cara paling professional tetapi jangan affect bos naikkan pangkat dan naik gaji.Hati hanya berharap pada ALLAH S.W.T.
Jika expect kepada makhluk,makhluk tidak tahan lama.Makhluk ini mudah lemah,cepat pecah,on dan off,swing,kadang ingat kadang lupa.Expect kepada yg lemah akan menjadi lemah.Expect hanya kpd ALLAH.Jika naik pangkat atau tidak,itu keputusan ALLAH.Semua itu kerja ALLAH.
Doakan yang baik-baik kpd sesiapa yg pernah aniya kita,doakan hidayah untuknya semoga dia kembalikan hak kita,sesuai dgn cahaya hidayah yg dia terima.Jangan doakan kburukan atau melaknat dia kerana apabila turun laknat ALLAH,dia musnah maka kita takkan dapat apa-apa.
sumber:Ustaz Iqbal Zain
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Chalet kg kemensah
Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...
-
Teluk Dalam Resort secara rasminya telah terbengkalai dan ditutup pada tahun 2015 kerana masalah pengurusan dan kewangan.Jadi blog saya ak...
-
Lagu yang paling tenang, menyentuh hati,tidak jemu ulang berulang kali dan dapat menjadi ubat hati di kala hati ini sakit dengan perkara du...
-
Persahabatan adalah hadiah paling hebat dalam hidup.Persahabatan sebenar ialah saling faham dan memahami antara dua jiwa.Persahabatan juga...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.