Tempat jogging ,taman permainan,berkelah seisi keluarga,aktiviti senaman aerobik,zumba,berbasikal,tempat study,tempat melepak,dating pun ada...kikikii...macam-macam ragam boleh tengok di sini.
Kalau dulu seingat aku zaman tahun 90an/2000 = 1999-2003, astaka (pentas pesembahan) tasik titiwangsa ini selalu ada karnival,program dari stesen anjuran radio.Petang-petang mesti ada artis buat persembahan.Memang rancak aktiviti hujung minggu
Biasanya kalau aku ke sini bertujuan untuk jogging sahaja.Sekolah aku juga terletak di pinggir taman tasik.Memang seronok bersekolah di dalam taman yang penuh kehijauan pokok.Tak nampak jalan raya sesak dengan kereta dan bebas pembangunan keliling sekolah.Kalau ada pun dulu ialah Balai Seni Lukis Negara,Istana Budaya dan Pusat Darah.
Balik sekolah wajib singgah beli air tebu dan buah potong.Seronok sangat lepas tu duduk tepi tasik dengan kawan-kawan.Bukan duduk melepak tak tentu hala ya,kami belajar dan sambil berbual lepaskan tension.Suasana di sini memang memberi ketenangan dan lebih fokus.
Tempat lepak kami 6 orang di bawah pokok buluh tepi tasik.Kadang-kadang kawan yang tinggal di rumah banglo 2 tingkat belakang tasik ajak melepak di rumahnya.Rumahnya besar,nyaman dan redup sekali.
Gambar tahun 2010.Masa ini pun sudah lapang habis nampak bangunan |
Walaupun sudah tamat persekolahan dan sambung belajar,aku masih ke sini jogging sambil melihat alam semulajadi yang menenangkan minda.Pusing satu laluan padang bola di bahagian belakang.Kemudian lepaskan lelah dengan membeli minuman dan duduk berbuai atas buaian.Kalau ada abang DBKL berkuda,nahas.Hahaha...permainan di taman hanya untuk kanak-kanak.Ala apa salahnya sekali sekala kan?
Padang bola atas bukit Dulu padang bola ni tempat lepak paling seronok.Duduk atas bukit menghadap padang bola |
Terowong bunga yang popular di taman tasik. |
Banyak kenangan di taman tasik ini sepanjang aku hidup.
Sekarang pokok buluh tepi tasik sudah tiada lagi akibat di tebang untuk memberi laluan kepada pembinaan dataran batu di situ.Dulu kala,taman tasik penuh dengan pokok redup.Kini gondol semacam.Lapang dan panas.Seingat aku ketika pembinaan Eye On Malaysia tahun 2006,pokok dan semak samun di tempat melepak kami sudah ranap.
Siap jogging dan naik kuda,kami makan di gerai tepi tasik.Makanan memang tak sedap.Tukang masak pun bukan orang sini.Buat makan cincai saja.Sekali cukuplah order makan bergoreng.Baik beli roti,buah dan air cukup.
Pemandangan dari depan tasik.Air pancut ialah simbolik tasik |
Tasik bahagian belakang |
Teratai bunga indah |