Thursday, 16 April 2015

Air Terjun Templer Park Sg.Kanching

161009

Jika anda ingin mengalami keseronokan dan kesejukan bermain air terjun tropika berdekatan Kuala Lumpur, silalah ke air terjun Templer Park,berhampiran Rawang (30 minit memandu dari KL).




Hutan lipur Templer dinamakan sempena Sir Gerald Templer, pentadbir British, kaya dengan keindahan alam, terletak sekitar 21 kilometer di utara Kuala Lumpur. Hutan simpan seluas 1,214 hektar membentuk kawasan hijau bagi penduduk bandar, ia menarik para pencinta alam, jurugambar, dan beriadah.
Dengan persekitaran yang menghijau serta aliran sungai yang sejuk dari gunung menyegarkan kawasan itu bersama air terjun bertingkatnya, hutan lipur Templer dianggap sebagai pelarian kepada mereka yang mahukan suasana damai terutama pada hujung minggu. Lumut lembut menghampari lantai hutan dengan pokok pakis dan dikelilingi pokok matang yang membentuk lelangit hijau. Terdapat banyak haiwan liar seperti monyet, burung dan pelbagai spesies serangga boleh dijumpai. Hutan ini masih tebal dan orang mampu tersesat sekiranya tidak berhati-hati ketika merentasinya. 
Setiap hujung minggu, beratus-ratus pengunjung datang ke taman ini untuk menikmati suasananya yang redup dan kehijauan. Para pengunjung boleh merasailah kesegaran hutan ini dengan menyusuri jalan-jalan kecil di dalam hutan yang pasti menyeronokkan. Selain itu, mereka boleh menikmati bersama kejernihan air terjun dan mandi-manda bersama keluarga dan rakan-rakan. Pondok berkelah dan bilik salin pakaian turut disediakan. Laluan dan jambatan disediakan di mana perlu bagi menjamin keselamatan. Terdapat kedai makan, gerai makan dan tempak letak kereta yang mencukupi. Bagi mereka yang ingi tinggal bermalam, calet dan kemudahan berkhemah juga disediakan.
Kedamaian hutan dan persekitaran terasing menjadikannya tempat yang ideal bagi perkhemahan. Pada waktu malam, bunyi aliran air dengan bunyi katak sahut menyahut sementara dahan dan ranting tergantung menjati tempat haiwan bertenggek.(sumber wiki)

Saja nak throwback kisah mandi di Templer Park,Rawang ni atau digelar Sg.Kanching.
Air terjun di sini ada 7 tingkat.Ianya berperingkat,bawah dah ada sungai cetek.Makin mendaki ke atas makin nampak lambaian air terjun.Kesegaran mula menguasai minda.

Sini banyak monyet liar minta makan.Kena berani hadapi monyet di sini.Pastikan anda sediakan ranting kayu untuk menghalau monyet liar yang bila-bila masa akan mencuri makanan anda.Di dahan pokok,mereka bergayutan.

Di Hutan Lipur Sungai Kanching ni ada laluan trek bagi memudahkan pengunjung yang datang. Tapi treknya berbukit sikitlah, kena hiking. Kami jalan termengah-mengah tapi sampai juga.Sungai ini memang berperingkat-peringkat.Kami buat BBQ di aras tengah dan mandi di puncak atas sekali duduk bawah batu sambil air mencurah-curah turun ke kepala.Wuuuu tenang sungguh.

Sebenarnya kat area bawah-bawah tu pun ada jugak sungai, cuma kat situ air dia cetek sikit. Apa barang kitorang ni nak mandi kat kawasan air cetek kan? Itu yang gagahkan diri jugak hiking tinggi sikit, demi nak mandi air sungai yang sesuai dengan taraf kitorang :p








Seronok beb beriadah di sini...tenang,nyaman,aman dan damai.Kepada ibu bapa yang bawa anak kecil,tolong jaga kebersihan sungai.Jangan sesuka hati campak buang pampers kotor di dalam sungai wahai baghal sekalian.Tong sampah sudah disediakan,sila guna akal untuk membuang sampah.Siapa lagi nak jaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar kalau bukan kerjasama dari kita semua sebagai pengunjung.


Air kadang agak dalam,beringat dan berjaga-jaga okeh


Bila korang panjat bukit atas akan jumpa aliran air terjun dari lapisan atas


Zaman sekarang ni,warga asing terutamanya bangla yang selalu melepak di sini.Apa-apa pun di mana sahaja anda berada,sila berhati-hati jaga keselamatan.Awasi diri anda dari kemalangan jiwa,lemas,kecurian dan sebagainya.Seronok tapi dalam masa yang sama harus beringat.

Lama dah tak lepak sini.Rindu pula....

Saturday, 24 January 2015

Jogging di Taman Tasik Titiwangsa

Taman Tasik Titiwangsa,siapa tak tahu tempat ni?Warga KL tentu kenal dan paling tidak pun pernah singgah walaupun sekali.

Tempat jogging ,taman permainan,berkelah seisi keluarga,aktiviti senaman aerobik,zumba,berbasikal,tempat study,tempat melepak,dating pun ada...kikikii...macam-macam ragam boleh tengok di sini.

Kalau dulu seingat aku zaman tahun 90an/2000 = 1999-2003, astaka (pentas pesembahan) tasik titiwangsa ini selalu ada karnival,program dari stesen anjuran radio.Petang-petang mesti ada artis buat persembahan.Memang rancak aktiviti hujung minggu

Biasanya kalau aku ke sini bertujuan untuk jogging sahaja.Sekolah aku juga  terletak di pinggir taman tasik.Memang seronok bersekolah di dalam taman yang penuh kehijauan pokok.Tak nampak jalan raya sesak dengan kereta dan bebas pembangunan keliling sekolah.Kalau ada pun dulu ialah Balai Seni Lukis Negara,Istana Budaya dan Pusat Darah.

Balik sekolah wajib singgah beli air tebu dan buah potong.Seronok sangat lepas tu duduk tepi tasik dengan kawan-kawan.Bukan duduk melepak tak tentu hala ya,kami belajar dan sambil berbual lepaskan tension.Suasana di sini memang memberi ketenangan dan lebih fokus.

Tempat lepak kami 6 orang di bawah pokok buluh tepi tasik.Kadang-kadang kawan yang tinggal di rumah banglo 2 tingkat belakang tasik ajak melepak di rumahnya.Rumahnya besar,nyaman dan redup sekali.

Gambar tahun 2010.Masa ini pun sudah lapang habis nampak bangunan

Walaupun sudah tamat persekolahan dan sambung belajar,aku masih ke sini jogging sambil melihat alam semulajadi yang menenangkan minda.Pusing satu laluan padang bola di bahagian belakang.Kemudian lepaskan lelah dengan membeli minuman dan duduk berbuai atas buaian.Kalau ada abang DBKL berkuda,nahas.Hahaha...permainan di taman hanya untuk kanak-kanak.Ala apa salahnya sekali sekala kan?







Padang bola atas bukit

Dulu padang bola ni tempat lepak paling seronok.Duduk atas bukit menghadap padang bola

Terowong bunga yang popular di taman tasik.

Banyak kenangan di taman tasik ini sepanjang aku hidup.

Sekarang pokok buluh tepi tasik sudah tiada lagi akibat di tebang untuk memberi laluan kepada pembinaan dataran batu di situ.Dulu kala,taman tasik penuh dengan pokok redup.Kini gondol semacam.Lapang dan panas.Seingat aku ketika pembinaan Eye On Malaysia tahun 2006,pokok dan semak samun di tempat melepak kami sudah ranap.

Pemandangan dari depan tasik.Air pancut ialah simbolik tasik



Tasik bahagian belakang



Teratai bunga indah




Bawah pokok besar ini sangat redup kalau baring pun syok


Aku memang sukakan tempat alam semulajadi seperti taman tasik ini.Penuh pokok menghijau,jauh dari suasana hingar bingar ibu kota.Masa paling sesuai datang ialah waktu pagi.Masuk tengahari cuaca panas terik tambahan pula banyak pokok sudah ditebang oleh DBKL.Mungkinlah untuk keselamatan.




Comel kan?


Sekali sahaja aku pernah naik kuda di tasik ini.Harganya RM1.50 (dewasa).Pusing 2x di trek.Kalau budak-budak rasa seronoklah.Kadangkala kesihan tengok kuda di sini.Badan tidak besar mana tapi terpaksa angkut orang dalam kereta kuda.Hari itu aku naik kereta kuda,dia memberontak.Matanya juga dikatup dengan kain hitam.

Siap jogging dan naik kuda,kami makan di gerai tepi tasik.Makanan memang tak sedap.Tukang masak pun bukan orang sini.Buat makan cincai saja.Sekali cukuplah order makan bergoreng.Baik beli roti,buah dan air cukup.


Sebelum balik,singgah sekolah di pinggir tasik.Rindunya!


Rasanya ramai cikgu sekolah sudah bersara /bertukar sekolah.Zaman sekolah sudah berlalu kurang dari 10 tahun.Rindunya nak kembali alam persekolahan.Pulak dah?Dulu waktu sekolah sibuk nak cepat habis sekolah.Balik tu kami singgah Balai Seni Lukis










Aku pun tak faham signifikasi baju seragam sekolah dengan lantai corak dam.Pengkarya ini memang kreatif,hanya yang faham saja boleh pecahkan kod rahsia 


Suasana di galeri agak sunyi.Seronok juga boleh pusing puas-puas.Tenang saja di sini








Lukisan pakaian orang-orang China,Jepun zaman Maharaja dahulu.Cantik dan unik


Burung bersayap lebar boleh terbang bersama roda.Tinggi imaginasi



Apa maksud harimau dan rantai terlepas?Aku rasa banyak harimau yang menjadi mangsa kerakusan manusia,dirantai dan dikurung.Ada juga yang terlepas masuk kampung



Cermin dan karpet merah.Siapa yang tahu maksudnya?


















Chalet kg kemensah

 Hari ini adalah hari yang bermakna sekali dalam hidupku.Dapat keluar berjumpa dengan kawan rapat hampir 3 tahun persahabatan.Allah permudah...