Thursday, 1 April 2010

Kenangan zaman remaja ke Genting Highlands

Saja nak imbas kembali memori zaman muda remaja dulu-dulu.Ada bajet lebih aku suka berjalan ambil angin.Puas dah berpeleseran di sekitar ibu kota dengan suasana hingar-bingar dan bermacam ragam manusia.Biasanya kalau di kl kami suka menonton wayang,membeli-belah baju murah sekitar Times Square dan Bukit Bintang.Umur 20 dah ada duit sendiri tau.Itulah hobi kami.Berdua sahaja.Tak perlu bertiga berempat.Susah nak berjanji nanti.

Bahagia dan gembira saja enjoy the moment,ketawa dan menikmati saat-saat bersama rakan.

Mula-mula macam tak jadi pergi sebab kawan aku yang bongek ni demam.Memandangkan tiket dah dibeli,kau jangan buat hal!

Kali ini kami ke Genting Highland ambil angin.Beli tiket bas di stesen LRT Gombak tu semalam jadi hari ini terus naik bas di hentian sana.Macam aku kata tadi,pergi berdua pun dah enjoy sakan.Tak perlu ramai-ramai nanti mesti ada masalah lewat sampai.Aku paling tak suka orang tak tepati masa.Setakat lewat 30 minit aku boleh tahan lagi.

Ini edisi  zaman rock n roll dulu-dulu.Tetap jadi kenangan manis weiii.Hati ini merindui saat-saat begini di saat hati yang masih suci bersih belum dicemari oleh kebusukan cinta palsu.

Kami steady naik cable car,tak goyang beb!

Subhanallah indahnya kabus di kaki bukit.Feeling sejuk


Turun escalator port wajib posing depan hotel

First World Plaza
Kami tiba sekitar 11 pagi.Suasana cantik.Tak hujan.Tunjuk saja kupon outdoor themepark,kami dapat masuk bermain apa jua permainan.


Spiderman roller coaster.Nak mampos ko?

Kafe cekik darah ada di sini


Bolehkah aku isytiharkan perasaan aku yang seronok,gembira dan bahagia di sini......tiada siapa menganggu ketenangan hatiku yg berada di tahap delta..



Tak semua permainan pun kami cuba kerana ramai juga orang beratur.Roller coaster itu rare sikit.



Zaman punk rock kami.Kasut converse tak lepas bergambar di jambatan gantung Dinasour Park

Really miss this moment....












Dapat tengok bukit macam ni pun hati rasa lapang sejuk




kau mampu posing seperti ini huhu









Bagi aku ada satu ketenangan bila naik ke Genting ni.Mungkin aku gemarkan suasana hijau dan redup.Sejuk mata dan damai jiwa.Janganlah kita asyik melihat Genting ni tempat judi dan sebagainya.Berfikiran baik-baik maka ia akan bantu kita dapat ketenangan.Ketenangan itu datangnya dari dalam hati bukan pada tempat.




Selepas makan kami bersantai sekejap dan pulang ke kl.

Nota: taman tema outdoor ini sekarang dah tak ada.Dirombak pada tahun 2013 dan kini mungkin sudah berwajah baru.Ini cuma imbas semula kenangan lama aku nan indah suatu ketika dahulu.Sungguh aku merindui moment begini....


Hening pagi di Tasik Titiwangsa

 20 Feb 2025 Tiada tempat yang terindah di bandar Kuala Lumpur selain beriadah menatap alunan air tasik di Taman Tasik Titiwangsa KL. Sudah ...